"Semua Sudah" merupakan lagu nyanyian Elizabeth Tan yang dikeluarkan pada 18 Disember 2018 oleh Warner Music Malaysia. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Alif Abdullah.[1][2][3]

"Semua Sudah"
Single oleh Elizabeth Tan
Dilancarkan pada18 Disember 2018 (Digital)
Dirakamkan pada2018
GenrePop
Panjang3:19 minit
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisAlif Abdullah
Kronologi Kronologi single Elizabeth Tan
""Police Entry"
(2018)"
"Semua Sudah" ""Hidup Semula"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Komposisi dan lirik sunting

"Semua Sudah" menyuntik elemen kontemporari dan rentak hip hop yang rancak, dengan melodi yang mesra radio dan bait-bait lirik yang menggunakan bahasa yang mudah diingati. Elizabeth menyifatkan "Semua Sudah" sebagai salah satu lagunya yang paling digemari.[4]

Karya seni sunting

Di dalam sampul album single "Semua Sudah", Elizabeth Tan hanya mengenakan kemeja lengan panjang dan singlet. Dalam temuramah dengan Berita Harian, Lizzy berkata: "Saya tidak rasa imej itu terlalu seksi. Mungkin tidak ramai yang tahu, saya sebenarnya memakai celana pendek ketika sesi penggambaran dijalankan. Saya tampil begitu untuk disesuaikan dengan lagu dan muzik videonya yang turut menyelitkan sedikit elemen seksi, terutama dari segi pergerakan,".[5]

Muzik video sunting

Muzik video "Semua Sudah" menampilkan pelakon Fendy Bakry dan menggunakan empat orang penari latar lelaki.[6] Dalam tempoh 4 hari, muzik video "Semua Sudah" telah menerima lebih daripada 450 ribu tontonan dan kiraan.[7]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[8]
  1. "Semua Sudah" – 3:19

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 18 Disember 2018 Muat turun digital[8]
Media penstriman[9]
Warner Music Malaysia

Tenaga kerja sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Elizabeth Tan pilih Alif". Sinar Harian. 8 Januari 2019. Dicapai pada 26 April 2019.
  2. ^ Budiey (23 Disember 2018). "Elizabeth Tan Lancar Single Terbaru SEMUA SUDAH". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Februari 2019. “Semua Sudah” merupakan single kedua penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
  3. ^ Muhamad Fairoz Azizan (19 Disember 2018). "Saya cepat bosan - Elizabeth Tan". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  4. ^ Zaidi Che (19 Disember 2018). "'SEMUA SUDAH', TIBA MASA ELIZABETH TAN KEMBALI BANGKIT". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-19. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  5. ^ Muhamad Fairoz Azizan (3 Januari 2019). "Imej itu tak seksi pun - Elizabeth Tan". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  6. ^ Budiey (12 Januari 2019). "'Simbolik Sebalik Muzik Video SEMUA SUDAH Elizabeth Tan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 April 2019.
  7. ^ Annie May (15 Januari 2019). "Another Fattah Amin Lookalike Found In Elizabeth Tan's New Music Video". Hype. Dicapai pada 26 April 2019.
  8. ^ a b "Semua Sudah - Single". iTunes Store (MY). Apple. 21 Februari 2019. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  9. ^ "Semua Sudah - Single by Elizabeth Tan". Spotify. 28 Disember 2018. Dicapai pada 1 April 2019.