Kesenian Islam

(Dilencongkan dari Seni Islam)


Seni Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan sejak abad ke-7 oleh penduduk wilayah Islam.[2] Ia termasuk bidang-bidang yang berbeza, antaranya seni bina, seni khat, lukisan, dan tembikar.

Taj Mahal, Agra (1648): Tugu peringatan Shah Jahan kepada isterinya. Tugu ini disebut sebagai "permata seni Islam di India dan salah satu mahakarya warisan dunia yang dikagumi sejagat."[1]

Biasanya tetapi bukan pada keseluruhannya, seni Islam menumpukan penggambaran corak dan seni khat Arab kerana ketakutan banyak orang Muslim bahawa penggambaran bentuk orang merupakan penyembahan berhala yang diharamkan di dalam al-Qur'an dan justera itu, melakukan dosa kepada Allah.

Gambaran keseluruhan sunting

Seni Islam bukannya seni yang setakat menumpukan agama tetapi juga merangkumi kebudayaan Islam yang kaya dan berbagai-bagai. Ia seringnya menggunakan unsur sekular serta juga unsur yang tidak disenangi ahli teologi Islam, walaupun jika tidak diharamkan.[3]

Seni Islam berkembang daripada banyak sumber, dengan gaya-gaya seni Rom, seni Kristian awal, dan seni Byzantine diserap ke dalam seni dan seni bina awal Islam, khususnya seni Sassanid Parsi pra-Islam. Gaya Asia Tengah juga diserap menerusi serangan mendadak oleh pelbagai puak nomad. Seni Cina juga merupakan salah satu pengaruh yang penting dalam lukisan, tembikar, dan tekstil Islam."[4]

Lukisan Islam mengandungi unsur-unsur berulang, misalnya penggunaan reka bentuk geometri berbunga-bunga atau bersayur-sayuran dalam gaya ulangan yang dikenali sebagai arabes. Arabes dalam lukisan Islam sering dipergunakan untuk melambangkan sifat Allah yang unggul, tidak terbahagi, dan tidak terbatas.[5] Kesilapan pengulangan dalam lukisan Islam mungkin disengajakan sebagai penampilan rendah hati oleh pelukisnya yang mempercayai bahawa hanya Allah dapat menghasilkan kesempurnaan. Walau bagaimanapun, teori ini telah dipertikaikan.[6][7][8]

Kebanyakan penganut Islam Sunah Waljamaah dan penganut Islam Syiah mempercayai bahawa penggambaran makhluk umumya adalah haram (Anikonisme dalam Islam). Bagaimanapun, lukisan yang berkenaan manusia boleh didapati pada seluruh zaman seni Islam. Perlambangan manusia bagi tujuan penyembahan berhala diharamkan oleh hukum Islam yang dikenali sebagai Syariah. Meskipun begitu, terdapat banyak Nabi Muhammad, Nabi utama Islam, dalam sejarah seni Islam.[9][10]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Taj Mahal". World Heritage List. UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 28 September 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  2. ^ Marilyn Jenkins-Madina, Richard Ettinghauset and Architecture 650-1250, Yale University Press, ISBN 0-300-08869-8, p.3
  3. ^ Davies, Penelope J.E. Denny, Walter B. Hofrichter, Frima Fox. Jacobs, Joseph. Roberts, xx haxor was hair. Ann M. Simon, David L. Janson's History of Art, Prentice Hall; 2007, Upper Saddle River, New Jersey. Severth Edition, ISBN 0-13-193455-4 pg. 277
  4. ^ "MSN Encarta: Islamic Art and Architecture". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2020-11-19.
  5. ^ Madden (1975), pp.423-430
  6. ^ Thompson, Muhammad. "Islamic Textile Art: Anomalies in Kilims". Salon du Tapis d'Orient. TurkoTek. Dicapai pada 25 August 2009. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Alexenberg, Melvin L. (2006). The future of art in a digital age: from Hellenistic to Hebraic consciousness. Intellect Ltd. m/s. 55. ISBN 1841501360.
  8. ^ Backhouse, Tim. ""Only God is Perfect"". Islamic and Geometric Art. Dicapai pada 25 August 2009.
  9. ^ The Arab Contribution to Islamic Art: From the Seventh to the Fifteenth Centuries, Wijdan Ali, American Univ in Cairo Press, December 10 1999, ISBN 977-424-476-1
  10. ^ From the Literal to the Spiritual: The Development of the Prophet Muhammad's Portrayal from 13th Century Ilkhanid Miniatures to 17th Century Ottoman Art, Wijdan Ali, EJOS (Electronic Journal of Oriental Studies), volume IV, issue 7, p. 1-24, 2001

Pautan luar sunting