Sentakan

kadar perubahan pecutan

Dalam fizik, sentakan (bahasa Inggeris: jerk, jolt, surge atau lurch) merupakan kadar perubahan pecutan. Ia merupakan pembezaan pecutan mengikut masa, dan merupakan terbitan ketiga sesaran. Kuantiti ini sangat berguna dalam kejuruteraan roller coaster serta industri pembuatan. Banyak mesin memotong moden mempunyai alat pengehad sentakan untuk menyempurnakan hasil produk. Hal ini kerana sentakan yang tidak terkawal boleh menurunkan kualiti produk, serta merosakkan mesin.

Unit SI bagi sentakan ialah m s-3.

Takrifan sunting

Sentakan ditakrifkan melalui persamaan di bawah:

 

di mana

  ialah sentakan,
  ialah pecutan,
 halaju,
 sesaran
  ialah masa.

Pembezaan sunting

Pembezaan sentakan mengikut masa, iaitu kadar perubahan sentakan seketika ialah jounce. Kuantiti ini digunakan dalam pembinaan Teleskop Angkasa Hubble.