Serangan Malam di Târgoviște

(Dilencongkan dari Serangan Malam di Târgovişte)

Serangan Malam di Târgoviște (Bahasa Romania: Atacul de noapte de la Târgoviște, Bahasa Turki: Tirgovişte Baskını) merupakan pertempuran yang tercetus antara tentera Wallachia di bawah pimpinan Putera Vlad III Basarab dan tentera Uthmaniyyah di bawah Sultan Muhammad al-Fatih pada 17 Jun 1462.

Serangan Malam
Sebahagian daripada Perang Wallachia-Uthmaniyyah
AtaculdeNoapte.jpg
Bertempur dengan obor – karya lukisan Theodor Aman
Tarikh 17 Jun 1462
Lokasi tidak diketahui; dalam perjalanan dari Nikopol ke Târgoviște, pada hari ini di Romania[1]
Hasil Kejayaan taktikal Wallachia
Pihak yang terlibat
Wallachia Wallachia Fictitious Ottoman flag 2.svg Empayar Uthmaniyyah
Komander
Wallachia Vlad III Țepeș Fictitious Ottoman flag 2.svg Muhammad al-Fatih
Kekuatan
mencecah 30,000-35,000 anggaran moden: 25,000-30,000[2]mencecah 90,000-100,000 anggaran moden: 45,000-55,000[3]
Korban
5,000[4]15,000

Latar belakangSunting

Pemerintah Wallachia, Vlad enggan untuk membayar cukai kepada Empayar Uthmaniyyah. Beliau telah bertindak menceroboh Bulgaria dan membunuh lebih 20,000 orang Turk. Sebagai tindak balas, Sultan Muhammad al-Fatih telah memimpin tentera Uthmaniyah yang memiliki kekuatan seramai 100,000 orang untuk menentang Vlad.

Pasukan Wallachia hanya memiliki kekuatan seramai 30,000 orang dan mereka tidak mampu bertempur dengan tentera Uthmaniyah dalam pertempuran terbuka. Jadi, mereka merancang untuk melakukan serangan hendap atau bertempur dalam skala yang kecil.

PertempuranSunting

Pada awalnya, Vlad telah berjuang secara habis-habisan untuk menghalang tentera Uthmaniyyah daripada tiba di kota Vidin. Tentera pemanahnya telah berjaya membunuh ramai tentera musuh. Beliau kemudiannya terpaksa berundur dengan menggunakan taktik bumi hangus. Tentera Uthmaniyah seterusnya berkubu dan berkhemah berhampiran ibu kota Wallachia, Târgoviște. Vlad telah menyelinap masuk ke dalam kem Uthmaniyah untuk mengenal pasti khemah Sultan Muhammad al-Fatih.

Pada larut malam, sebahagian tentera Vlad telah menyerang hendap kem Uthmaniyah dari arah yang lain untuk mengalihkan perhatian tentera Uthmaniyah di situ. Vlad pula memimpin saki baki tenteranya untuk melakukan serangan kedua dari arah berbeza berbanding daripada serangan pertama. Setelah berjaya membunuh kumpulan kecil tentera Uthmaniyah yang bertahan, Vlad mengambil peluang untuk membunuh sultan tetapi ia berjaya dihalang dan percubaannya telah dipatahkan oleh janissari.

Pasukan Vlad hanya kehilangan 5,000 nyawa manakala tentera Uthmaniyah pula telah menanggung angka korban yang ramai kira-kira 20,000 orang. Konflik antara Uthmaniyah dengan Vlad terus berlarutan. Kota Brăila menerima tempiasnya apabila ia telah dibakar oleh Uthmaniyah.

Vlad telah meminta bantuan daripada anak kepada John Hunyadi, Matthias yang baru ditabalkan sebagai Raja Hungary namun malangnya beliau telah dipenjarakan. Sultan Muhammad al-Fatih gagal mengambil peluang ini untuk menyerang Wallachia sebaliknya beliau telah bertumpu ke Bosnia. Hal ini demikian kerana penguasa Bosnia iaitu Stephen II mengambil keputusan untuk berhenti membayar cukai kepada Uthmaniyah. Pada tahun 1463, Bosnia telah ditakluk oleh Uthmaniyah sekali gus ia telah meruntuhkan kedaulatan kerajaan Bosnia.

CatatanSunting

  1. ^ Andreescu, Vlad Țepeș, p.131
  2. ^ Florescu, McNally, Dracula, p. 141
  3. ^ Florescu, McNally,Dracula
  4. ^ Florescu, McNally, Dracula, p. 147

RujukanSunting