Silat Gayung Zahir Sembilan
Silat Gayung Zahir Sembilan ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Selangor dan Pahang. Tumiran bin Indeh adalah guru silat ini di Selangor manakala Mohd Anuar bin Sulaiman adalah guru silat ini di Pahang. Silat ini dipelajari dari Shah bin Ali, guru Silat Gayung Sembilan. Perkataan 'Zahir' ditambah pada nama perguruan ini diatas cadangan Mohd Anuar bin Sulaiman dan setelah direstui oleh Guru Shah.
Pada 29 Januari 1994, cawangan perguruan ini yang bergerak di Selangor dibawah pimpinan Tumiran bin Indeh telah menukar nama kepada Seni Silat Gayung Panca Indera Sembilan.
Sukatan pelajaran sunting
Berikut merupakan sukatan pelajaran silat ini.
Peringkat | Pelajaran | Tempoh |
---|---|---|
Pertama | Langkah 1-3, Asas langkah, bunga dan buah | 3 bulan |
Kedua | Langkah 4-6 | 3 bulan |
Ketiga | Langkah 6-9, Senjata - parang, tongkat dan keris | 6 bulan |
Pelajaran silat ini termasuk buah-buah Silat Cekak, Silat Lincah, Silat Gayung dan Silat Sendeng.
Rujukan sunting
- Majalah Pendekar, Februari 1993, m/s 18-20
- Majalah Seni Beladiri, Disember 1998, m/s 6-9