Wan Siti Maryam Wan Mahyudin (lahir 1 Ogos 2000) atau Sofiaa Marieylla, tetapi lebih dikenali sebagai Mummy Jerung ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau menerima penghargaan meluas menerusi single sulungnya, "Akulah Jerung Merah".[2] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[3][4]

Sofiaa Marieylla
Nama lahirWan Siti Maryam binti Wan Mahyudin
Juga dikenali sebagai
  • Mummy Jerung
  • Mummy Jerung Merah
Kelahiran (2000-08-01) 1 Ogos 2000 (umur 23)
Marang, Terengganu, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, usahawati
InstrumenVokal
Tahun aktif2021–kini
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment

Kerjaya sunting

Sofia Marieylla memulakan kerjayanya sebagai usahawati kosmetik dengan berkhidmat sebagai ejen dan stokis. Beliau juga aktif di TikTok bersama Skuad Jerung Merah yang mana beliau ialah ketuanya. Sofia menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment pada Oktober 2021 dan muncul bersama single sulungnya, "Akulah Jerung Merah" ciptaan Hadi Rumnan dan lirik oleh Ajim Maze.[5][6][7] Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Aisha Retno, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin.

Diskografi sunting

Single sunting

Tajuk Tahun
"Akulah Jerung Merah" 2021

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Big Stage (musim 4) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria

Rujukan sunting

  1. ^ Farwiza Samsudin (20 Januari 2022). "Sofiaa Marieylla 'Mommy Jerung Merah' kalis kecaman, bersedia bersaing dengan BBNU lain!". Utusan TV. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  2. ^ Aqmar Mustaza (9 November 2021). "Sofia Marieylla 'Mengganas' Menerusi Akulah Jerung Merah". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  3. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  4. ^ "Mommy "Jerung Merah" bakal beraksi di pentas Big Stage 2022". Berita Mediacorp. 21 Januari 2022. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  5. ^ Zaara Talita (26 Januari 2022). "Bangkit dari kecaman". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  6. ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2022). "Mummy Jerung bergelar penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  7. ^ Padin (31 Oktober 2021). "Mummy Jerung Ni Boss! Sofiaa Marieylla Dah Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single 'Akulah Jerung Merah'". XTRA. Dicapai pada 26 Januari 2022.

Pautan luar sunting