Suara ialah album studio pertama oleh penyanyi wanita Malaysia, Eyza Bahra, dikeluarkan pada 8 Mac 2017 oleh Mixology Music dan LIFE Records.[1]

Suara
Album studio oleh
Dilancarkan pada8 Mac 2017
Dirakamkan pada2015–2017
GenrePop, reggae, R&B, hip hop
SyarikatMixology Music, LIFE Records
PenerbitDJ Fuzz
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Dalam temubual bersama wartawan, Eyza Bahra merujuk kepada pemilihan tajuk album 'Suara' kerana ia menjelaskan kebebasan untuk setiap penghasilan bunyi. Album ini memgandungi lapan lagu termasuk "Imaginasiku" dan "Cakerawala" yang terlebih dahulu dikeluarkan sebagai single serta lagu "Kau Yang Ku Nanti" nyanyian asal Yusni Hamid yang diberi nafas baru oleh DJ Fuzz yang turut menerbitkan album ini.[2][3]

Keluaran dan promosi sunting

Suara dikeluarkan pada 8 Mac 2017. Majlis pelancaran album ini diadakan di Neway Karaoke, 1 Utama.[4] Bagi mempromosikan album ini, Eyza menyanyikan kesemua lapan lagu dalam album ini secara langsung.[1]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Cakerawala"Eyza BahraDJ Fuzz3:38
2."Bulan"Zah AmirulDJ Fuzz4:06
3."Imaginasiku"AkmalDJ Fuzz3:44
4."Kau Yang Ku Nanti"Copyright ControlledCopyright Controlled3:46
5."Payung"Eyza BahraAkmal3:32
6."Cahaya"ViralDJ Fuzz3:30
7."Mentariku"ViralDJ Fuzz3:30
8."Jumpa Lagi" (bersama Lawa Nie Geng) Eyza BahraAziq5:22


Rujukan sunting

  1. ^ a b Budiey (16 Mac 2017). "Eyza Bahra lancar album Suara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 November 2017.
  2. ^ "Eyza Bahra gabungkan semua single dalam Suara". Utusan Borneo. 26 Mac 2017. Dicapai pada 6 November 2017.
  3. ^ Intan Suhana Che Omar (20 Mac 2017). "Eyza Bahra menggabungkan single dalam Suara". Youth Bernama. Dicapai pada 6 November 2017.
  4. ^ Rozaimi Zubaidi (9 Mac 2017). "Saya ingin keluar daripada kepompong selesa - Eyza Bahra". Astro Gempak. Dicapai pada 6 November 2017.

Pautan luar sunting