Suis rangkaian ialah sejenis peranti yang menghubungkan beberapa segmen rangkaian komputer. Fungsinya hampir sama dengan hab tetapi ia lebih bijak dari segi penghantaran data ke stesen. Suis tidak menghantar data ke semua stesen, tetapi hanya menghantar data ke port atau stesen destinasi sahaja. Pada masa yang sama, lebih banyak stesen dapat menghantar dan menerima data serentak. Setiap port dalam suis juga boleh beroperasi dengan kelajuan berbeza.

Suis yang biasa digunakan di rumah
Pandangan belakang suis dengan port Ethernet

Kebanyakan suis beroperasi pada lapisan kedua model OSI, iaitu lapisan pautan data. Bagaimanapun, kini terdapat suis lapisan ketiga dan keempat, iaitu suis lapisan rangkaian dan suis lapisan pengangkutan.