Sukan Olimpik Musim Panas 1976

Sukan Olimpik Musim Panas 1976, atau Sukan Olimpik XXI, ialah acara pelbagai sukan antarabangsa telah diadakan di Montreal, Quebec, dan merupakan Olimpik pertama di Kanada.

XII Sukan Olimpik Musim Sejuk
Bandar tuan rumah Innsbruck, Austria
Penyertaan negara 92
Jumlah atlet 6,084
Acara 198 dalam 21 sukan
Upacara perasmian 4 Februari
Upacara penutupan 15 Februari
Dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II
Ikrar atlet Pierre St.-Jean
Ikrar pengadil Maurice Fauget
Obor Olimpik Stéphane Préfontaine
Sandra Henderson
Stadium Bergisel

28 negara memboikot acara sukan ini[1] membantah keengganan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menghalang penyertaan New Zealand berikutan pasukan ragbi negara itu membuat lawatan permainan ke Afrika Selatan yang pada ketika itu diperintah rejim dasar apartheid sehingga tidak disenangi banyak negara Afrika.[2][3]

SorotanSunting

  • Sukan ini dirasmikan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara Kanada. Puteri baginda, Anne, Princess Royal menjadi kerabat diraja British pertama bertanding dalam Olimpik. Beliau satu-satunya peserta wanita yang tidak perlu menjalani ujian jantina.
  • Remaja Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.
  • Tuan rumah Kanada cuma mendapat lima pingat perak dan enam gangsa, kali pertama tuan rumah Sukan olimpik Musim Panas tidak mendapat sebarang pingat emas.

Kiraan pingat dipungutSunting

Acara sukan ini didominasikan Blok Soviet di mana Kesatuan Soviet dan negara-negara satelit ia memungut tujuh daripada sepuluh tempat utama dalam kategori-kategori yang sedia ada.

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Kesatuan Soviet494135125
2  Jerman Timur40252590
3  Amerika Syarikat34352594
4  Jerman Barat10121739
5  Jepun961025
6  Poland761326
7  Bulgaria69722
8  Cuba64313
9  Romania491427
10  Hungary451322
Jumlah (10 negara)169152162483

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Africa and the XXIst Olympiad" (PDF). Olympic Review. IOC. 1976. Dicapai pada 3 April 2009.
  2. ^ "The Montreal Olympics boycott | NZHistory.net.nz, New Zealand history online". Nzhistory.net.nz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-16. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  3. ^ "BBC ON THIS DAY | 17 | 1976: African countries boycott Olympics". London: News.bbc.co.uk. 17 Julai 1976. Dicapai pada 21 Oktober 2008.

Pautan luarSunting

Senarai video arkib
Didahului oleh
Munich
Sukan Olimpik Musim Panas
Montreal

Sukan Olimpik XXI (1976)
Diikuti oleh:
Moscow