Suku Fujiwara

Suku Fujiwara (藤原氏, Fujiwara-uji) atau Tōshi (藤氏) merupakan keluarga bangsawan dan pemangku raja yang wujud di Jepun. Ia hasil pencabangan suku Nakatomi melalui salah satu ahlinya Nakatomi no Kamatari yang diberikan gelaran "Fujiwara" oleh Maharaja Tenji; gelaran ini kemudiannya menjadi nama suatu suku yang tersendiri.[1]

Lambang suku Fujiwara bernama Sagarifuji (下り藤, "wisteria menjuntai")

Suku ini amat berkuasa dalam pengaruh politik Jepun pada zaman Heian di mana ia berhubung kuat dengan pemangku kerajaan[2] melalui perkahwinan anak-anak perempuan dari suku ini dengan maharaja lalu akan memperoleh pengaruh terhadap maharaja berikutnya yang akan dibesarkan dalam kerabat ibundanya dan berhutang setia kepada nendanya.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Plutschow, Herbert E. (1995). Japan's Name Culture: the Significance of Names in a Religious, Political and Social Context. m/s. 49, 97.
  2. ^ Frédéric, Louis (2002). Japan Encyclopedia. Harvard University Press. m/s. 203. ISBN 0-674-00770-0.
  3. ^ Britannica: Fujiwara Family accessed 28/4/2012

Templat:Tunas-sejarah-Jepun