Sultan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mansur Riayat Shah

Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mansur Riayat Shah atau Sultan Zainal Abidin II (s. 1744 M[1] – 1223 H/1808 M atau 1227 H/1812 M[2]) ialah sultan Terengganu ketiga dan putera kepada Sultan Mansur Riayat Shah dengan Raja Bulang puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Semasa ditabalkan Baginda telah berumur 50 tahun dan Baginda memerintah dari tahun 1794 sehingga tahun 1808.[3].

KeluargaSunting

Baginda berkahwin dengan:

  • Wan Zainab, anak Bendahara Indera Bungsu, Johor-Riau-Lingga. Wan Zainab dianugerahkan gelaran Che Puan Besar
  • Anak perempuan Bendahara Tun Hussain yang dianugerahkan gelaran Che Puan Muda.

Putera-puteri Baginda terdiri daipada:

MangkatSunting

Baginda mangkat pada pada 1808 dan dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin dan digantikan oleh puteranya, Tengku Ahmad.[3].

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 144.
  2. ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 149.
  3. ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 91-92

RujukanSunting

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
  • Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.


Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu
ke-3
Penyandang Kemudian
Sultan Mansur I Sultan Ahmad Shah I