Sungai Kalai Kechil
Sungai Kalai Kechil (Jawi: سوڠاي كالاي كچيل ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Kalai Kechil) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Kalai Kechil | |
---|---|
Sungei Kalai Kechil, Sg. Kalai Kechil | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Sinang |
• lokasi | kawasan perhutanan di barat daya Rumah Likong dan Rumah Banyah, Daerah Selangau |
• ketinggian | 26–28 meter (85.3–91.9 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kawasan perhutanan di timur laut Rumah Maran, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°30′14″N 112°19′19″E / 2.504°N 112.322°EKoordinat: 2°30′14″N 112°19′19″E / 2.504°N 112.322°E |
• ketinggian | 25 meter (82.0 ka) |
Panjang | 0.55 kilometer (0.3 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3] |
Sejarah
suntingSungei Kalai Kechil merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Kalai Kechil yang digunakan sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Kalai Kechil didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names ), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Kalai Kechil yang telah direkodkan terletak di 2°30′N 112°19′E / 2.500°N 112.317°E.[6][7] Sungai Kalai Kechil dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1771902.[5]
Ciri-ciri fizikal
suntingSungai Kalai Kechil berpunca di kawasan perhutanan sekunder di sekitar kaki bukit Bukit Sinang. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Kalai Kechil ialah di antara 26–28 meter (85.3–91.9 ka) dari paras laut. Punca bagi Sungai Kalai Kechil terletak di bahagian barat daya Rumah Likong dan Rumah Banyah, kira-kira satu kilometer dari punca sungai. Sungai ini akan menuju ke arah utara, kemudian melengkung sedikit sahaja sebelum tamat. Pencantuman antara Batang Mukah merupakan penamat bagi Sungai Kalai Kechil. Ia terletak di bahagian timur laut Rumah Maran dan Rumah Manchong di ketinggian 25 meter (82.0 ka) dari paras laut; juga berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau.[1][2]
Sungai Kalai Kechil mengalir sepanjang kira-kira 0.55 kilometer (0.3 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
suntingSungai Kalai Kechil merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Selangau dan Sungai Kalai Besar.[5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kalai Kechil.[8] Kawasan lembah Sungai Kalai Kechil dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Kalai Kechil terletak berhampiran dengan kawasan petempatan manusia seperti Rumah Maran, Rumah Manchong, Rumah Likong, Rumah Banyah, Rumah Unggat, dan Rumah Sumbang.[1][2]
Lihat juga
sunting- Sungai Selangau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Kalai Besar, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1992–2010.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Kalai Kechil, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.