Sungai Rebah
Sungai Rebah (Jawi: سوڠاي ربه ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Rebah) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Rebah | |
---|---|
Sungei Rebah, Sg. Rebah | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Lebai |
• lokasi | kawasan perhutanan di utara Rumah Usit, Daerah Selangau |
• ketinggian | 45–90 meter (147.6–295.3 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kawasan perhutanan di tenggara Rumah Jabat, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°28′44″N 112°18′53″E / 2.47902°N 112.31466°EKoordinat: 2°28′44″N 112°18′53″E / 2.47902°N 112.31466°E |
• ketinggian | 27–30 meter (88.6–98.4 ka) |
Panjang | 1.28 kilometer (0.8 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3] |
Anak sungai | |
• kiri | Sungai Tulai |
Sejarah
suntingSungei Rebah merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Rebah yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Rebah didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names ), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Rebah yang telah direkodkan terletak di 2°29′N 112°19′E / 2.483°N 112.317°E.[5][6] Sungai Rebahdimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1748839.[4]
Bentuk fizikal
suntingSungai Rebah berpunca di sekitar kawasan perhutanan dara di Bukit Lebai, berhampiran dengan Rumah Usit, kira-kira 802 meter dari sini ke arah utara. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Rebah ialah di antara 45–90 meter (147.6–295.3 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai ke muara sungai adalah kebanyakanya menuju ke arah tenggara, kemudian melengkung sedikit menuju ke barat. Sebatang sungai yang bernama Sungai Tulai bakal bermuara dekat lengkungan ini. Lalu, Sungai Rebah bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya dekat bahagian tenggara Rumah Jabat di ketinggian antara 27–30 meter (88.6–98.4 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Rebah mengalir sepanjang kira-kira 1.28 kilometer (0.8 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]
Bentuk lembangan
suntingSungai Rebah merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Duat dan Sungai Lebang.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Rebah.[7] Kawasan lembah Sungai Rebah dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Rebah termasuk Rumah Ingga, Rumah Rangkong, Rumah Jandah dan Rumah Usit.[1][2]
Lihat juga
sunting- Sungai Lebang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Metah, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1992–2010.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Rebah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.