Sungai Taroh
Sungai Taroh (Jawi: سوڠاي تاروه ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Taroh) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah, Sungai Taroh merupakan anak sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Taroh | |
---|---|
Sungei Taroh | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Daerah | Mukah |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kawasan perhutanan di timur Rumah Radin, Mukah |
• ketinggian | 13 meter (42.7 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kawasan pertanian pokok baka di kawasan Rumah Radin, Mukah |
• koordinat | 2°36′55″N 112°16′23″E / 2.61514°N 112.27292°EKoordinat: 2°36′55″N 112°16′23″E / 2.61514°N 112.27292°E |
• ketinggian | 11 meter (36.1 ka) |
Panjang | 1.12 kilometer (0.7 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3] |
Sejarah
suntingSungei Taroh merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Taroh yang digunakan sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Taroh didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names ), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Taroh yang telah direkodkan terletak di 2°37′N 112°16′E / 2.617°N 112.267°E.[6][7]
Ciri-ciri fizikal
suntingPunca sungai bagi Sungai Taroh terletak di dalam kawasan perhutanan sekunder di bahagian timur Rumah Radin dan Rumah Igun serta bahagian barat daya Rumah Ming. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Taroh ialah di 13 meter (42.7 ka) dari paras laut. Dengan pergerakan sungai ke arah barat, Sungai Taroh bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah sebagai penamatnya, di ketinggian 11 meter (36.1 ka) dari paras laut di bahagian barat laut Rumah Radin.[1][2] Sungai Taroh mengalir sepanjang 1.12 kilometer (0.7 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
suntingSungai Taroh merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Taroh. Kawasan lembah Sungai Taroh dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Taroh terletak berhampiran dengan petempatan manusia seperti Rumah Igun, Rumah Radin, Rumah Ming, Rumah Manggong, Rumah Sabang dan Rumah Ayup.[1][2]
Lihat juga
sunting- Sungai Nyalin, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Pedalai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b "Sungai Taroh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.