Surat Kesultanan Banten

Surat Kesultanan Banten merujuk pada surat-surat yang ditulis atau diterima oleh Kesultanan Banten. Surat-surat kesultanan Banten tersebut ditulis dalam bahasa Arab dan Melayu dengan tulisan Arab, Jawi dan Latin.

Di perpustakaan Universiti Leiden (UB) terdapat 22 pucuk surat kesultanan Banten. Ia tertulis dengan huruf Arab, Pegon, Jawa, dan Jawi dalam bahasa Arab, Jawa, dan Melayu. Dari kolofonnya didapati bahawa surat-surat tersebut ditulis pada abad ke-19.

Sejumlah 54 surat Kesultanan Banten dapat direkodkan yang terdapat di PRO (Public Record Office), BL (British Library), RL (Royal Library), ANRI (Arsip Nasional Republik Indonesia), ARA (Algeemen Rijks-archives), dan UB (Universiteits-Bibliotheek).[1]


Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting