Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar


Presidensi Umum bagi Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar (Arab: الرئاسة العامة لهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر, Bahasa Inggeris: The General Presidency of the Commission for Promotion of Virtue and Prevention of Vice) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditugaskan dengan melaksanakan tugas ombudsman Islam (hisbah)

Presidensi Umum bagi Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar
الرئاسة العامة لهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر
Intisari agensi
Dibentuk1976; 48 tahun yang lalu (1976)
Eksekutif Agensi
  • Syeikh Abdulrahman bin Abdullah Al-Sanad[1], Yang di-Pertua
Laman sesawang
https://www.pv.gov.sa

Ia merupakan kesinambungan bagi fungsi muhtasib (pemeriksa pasar) yang pernah diperkenalkan semasa era Emiriyah Diriyah (Negara Saudi Pertama (1745–1818)). Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1976 dalam bentuk terkininya, bermatlamat utama memantau pasar dan kawasan-kawasan awam. Ia dibantu oleh sukarelawan[2], dan kerap digambarkan sebagai polis syariah[3][4] yang dipanggil Mutawien[5].

Pegawai suruhanjayajaya dan sukarelawan dikenali meronda tempat awam, dengan sukarelawan menumpukan menguatkuasakan peraturan tegas hijab, pengasingan antara jantina, dan kehadiran sembahyang harian[2]. Para pegawai diberi kuasa untuk memburu, menahan dan menyoal siasat pelanggar peraturan yang disyaki sehingga berlakunya perubabidang kuasa han pada tahun 2016.[6][7]

Pengehadan kuasa sunting

Pada 11 April 2016, Majlis Menteri Arab Saudi mengeluarkan sebuah ketetapan baharu bagi mengehadkan bidang kuasa Suruhanjaya ini. Ketetapan baharu[8] tersebut mempunyai 12 klausa, antaranya:

"Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar terus menjalankan tugasannya dengan baik dan lembut sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW."
"Suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk melaporkan, semasa bertugas, kepada pihak berkuasa yang sepatutnya (bergantung pada aktiviti) mengenai apa-apa jenayah yang disaksikan. Tindakan selanjutnya dari mengejar suspek, menangkap, menyoal siasat dan menahan akan diserahkan kepada pihak berkuasa rasmi yang berkenaan."
"Sama ada ketua mahupun anggota Suruhanjaya tidak dibenarkan untuk menahan atau menangkap mana-mana individu atau meminta pengenalan diri atau mengekori mereka – ia merupakan bidang kuasa polis atau unit dadah."[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1] CV of the new Agency Sheikh Abdulrahman Al Alsanad. 31 Januari 2015
  2. ^ a b Thielmann, Jörn (2017). "Ḥisba (modern times)". Dalam Kate Fleet; Gudrun Krämer; Denis Matringe; John Nawas; Everett Rowson (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. 3rd). Brill. doi:10.1163/1573-3912_ei3_COM_30485.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Vikør, Knut S. (2005). Between God and the Sultan: A History of Islamic Law. Oxford University Press. m/s. 268.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan vikor tidak disediakan
  5. ^ "Who are Islamic 'morality police'?". BBC News. 22 April 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Haia can't chase, arrest suspects". arabnews.com. Dicapai pada 2016-04-14.
  7. ^ Commins, David Dean (2015). Islam in Saudi Arabia. I.B. Tauris. m/s. 66. no-break space character in |author= at position 9 (bantuan)
  8. ^ "Saudi cabinet decree prevents 'religious police' from pursuit, arrest". Al-Arabiya. 13 April 2016. Dicapai pada 14 April 2016.
  9. ^ "Saudi Arabia strips religious police of arresting power". Al Jazeera. Dicapai pada 2016-04-14.

Pautan luar sunting