T118 (bas Rapid KL)
Laluan bas T118 (MRT Sri Delima–Taman Koh Doh) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T118 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Sri Delima di Kuala Lumpur menuju ke kawasan petempatan Jinjang Selatan, Taman Sri Delima, Taman Koh Doh, Taman Sejahtera, Kampung Pasir Segambut, Taman Sejahtera, Taman City, Taman Lawa, dan Taman Batu.[1][2]
T118 | ||||
---|---|---|---|---|
MRT Sri Delima–Taman Kok Doh | ||||
Gambaran menyeluruh | ||||
Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
Status | Beroperasi | |||
Perkhidmatan bermula | 16 Jun 2022 | |||
Waktu malam | Ada | |||
Laluan | ||||
Jenis laluan | Laluan perantara | |||
Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
Melalui petempatan |
| |||
Melalui mercu tanda |
| |||
Titik mula | MRT Sri Delima (Pintu B) | |||
Melalui | Senarai jalan raya
| |||
Titik tamat | MRT Sri Delima (Pintu B) | |||
Hentian/stesen bas | 14 hentian | |||
Perkhidmatan/servis | ||||
Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
Kekerapan | 30–45 minit | |||
Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
Zon | Koridor Jalan Ipoh | |||
Pertukaran ke laluan lain |
| |||
|
Laluan bas ini berkhidmat di 14 buah hentian bas,[2] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu.[3] Laluan bas T118 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya.[4] Laluan bas T118 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]
Perkhidmatan sunting
Laluan bas T118 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran laluan bas 100–199).[5] T118 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Jinjang Selatan, Taman Sri Delima, Taman Koh Doh, Taman Sejahtera, Kampung Pasir Segambut, Taman Sejahtera, Taman City, Taman Lawa, dan Taman Batu. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Sri Delima, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL) ke Kwasa Damansara dan Putrajaya Sentral.[2]
Terdapat sebanyak 14 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T118, dengan tujuh hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[2] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[6][7] Laluan bas T118 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]
Gambaran laluan sunting
Laluan bas T118 bermula di Hab Bas MRT Sri Delima Pintu B (kod hentian bas – KL2482) di susur Jalan Jambu Kerteh, dekat Jinjang, Kuala Lumpur. Di sini merupakan titik mula bagi perkhidmatan bas laluan T118. Ia akan melalui Jalan Jambu Merah, lalu diikuti dengan Jalan Jambu Kerteh kemudian berkelok ke tenggara menuju ke Jalan Jambu. Laluan dilanjutkan lagi dengan melalui kawasan perumahan Taman Sri Delima dengan melewati belakang Brem Mall Kepong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Abdullah. Dekat simpang Jalan Jambu Golok dengan Jalan A, laluan diteruskan ke selatan melalui Jalan 17/42 melewati kawasan perdagangan Taman Lawa dan Taman Koh Doh. Ia dilanjutkan lagi dengan melalui Jalan 6/42A, lalu membelok ke timur menuju ke Jalan 4/42A di dekat Taman Sejahtera.[2]
Dekat kawasan yang sama juga, laluan akan menuju ke Jalan 1/42 ke utara. Ia akan melewati kawasan komersial Taman City, lalu membelok ke barat, untuk berkhidmat di Jalan Jambu Golok dan Jalan D. Dekat gelanggang bola keranjang di Taman Lawa, ia akan membelok ke barat daya melewati Jalan E, lalu ke utara. Sebaiknya memasuki kawasan perumahan Jinjang Selatan, T118 akan berkelok ke timur laut melewati Jalan Jambu Berteh 1, kemudian ke tenggara melewati Jalan A. T118 akan melalui kawasan perumahan dan kawasan komersial Taman Batu. Kemudian, T118 akan membelok ke utara, sebaiknya sahaja jajaran Jalan A tamat, dan kembali melalui kawasan Taman Sri Delima. T118 kembali melalui Jalan Jambu Kerteh, kemudian memasuki susur Jalan Jambu Kerteh dan tamat di Hab Bas MRT Sri Delima Pintu B.[2]
Hentian bas sunting
Terdapat 14 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T118.[2]
Senarai hentian bas sunting
Kod | Nama hentian bas | Lokasi | Pertukaran/sambungan | Nota | Gambar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
KL2482 | MRT Sri Delima Pintu B | Jalan Jambu Kerteh | 12 MRT Sri Delima Rapid KL: T121 Bas Bandar GoKL: GOKL-12 Selangor Bus: 100, 103, 104, 107, 120 |
Untuk pertukaran ke laluan bas Selangor Bus dan Bas Bandar GoKL (GoKL City Bus), hentian Wisma TNB Kepong (Timur) (KL477) di Jalan Kepong paling hampir dengan hentian ini. | ||||
KL527 | SMK Raja Abdullah (Opp) | Jalan Jambu | ||||||
KL528 | Surau Mahmudiah, Taman Sri Delima | Jalan Jambu | ||||||
KL1855 | Komersial Taman Lawa (Opp) | Jalan 17/42 | Rapid KL: 191 | |||||
KL1491 | Taman Koh Doh | Jalan 6/42A | Rapid KL: 191 | |||||
KL1857 | Taman Sejahtera | Jalan 6/24A | Rapid KL: 191 | |||||
KL1859 | Komersial Taman Sejahtera | Jalan 4/42A | Rapid KL: 191 | |||||
KL2483 | Komersial Taman City | Jalan 1/42 | Rapid KL: T819 | Untuk pertukaran ke laluan T819, hentian Taman Sri Kuching (KL1790) di Jalan Kuching paling hampir dengan hentian ini. | ||||
KL2484 | Kawasan Rekreasi Taman Sri Delima | Jalan Jambu Golok | ||||||
KL1869 | Taman Lawa | Jalan D | Rapid KL: 191 | |||||
KL2486 | Perumahan Jinjang Selatan | Jalan Jambu Berteh 1 | ||||||
KL1660 | Padang Bola Taman Batu | Jalan A | Rapid KL: 191 | |||||
KL526 | SMK Raja Abdullah | Jalan Jambu | ||||||
KL2482 | MRT Sri Delima Pintu B | Jalan Jambu Kerteh | 12 MRT Sri Delima Rapid KL: T121 Bas Bandar GoKL: GOKL-12 Selangor Bus: 100, 103, 104, 107, 120 |
Untuk pertukaran ke laluan bas Selangor Bus dan Bas Bandar GoKL (GoKL City Bus), hentian Wisma TNB Kepong (Timur) (KL477) di Jalan Kepong paling hampir dengan hentian ini. |
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Perbadanan MRT [MRT Corp]. 2023. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ a b c d e f g h i "MyRapid - Bus Kiosk | T118" [MyRapid - Hentian Bas | T118]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2022. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ MRT Laluan Putrajaya: Penghubung Rakyat Malaysia (risalah). Rapid KL (Prasarana Malaysia Berhad). 2022. Diperolehi pada 4 Januari 2024.
- ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.