Taipei Cina
Taipei Cina (Cina Tradisional: 中華臺北 , Cina Ringkas: 中华台北 , pinyin: Zhōnghuá Táibĕi) ialah nama yang digunakan oleh Taiwan, Republik China di Taiwan (ROC) untuk menyertai sukan antarabangsa. Oleh sebab Republik Rakyat China (PRC) menentang pengiktirafan Taiwan sebagai sebuah negara di bawah Dasar Satu Chinanya, ROC dipaksa melepaskan nama "Republik China" atau "Taiwan" agar tidak menyampaikan sebarang maksud tersirat akan kedaulatannya apabila menyertai kegiatan sukan antarabangsa (sila lihat Status politik Taiwan).
Terdapat dua versi terjemahan China untuk nama "Taipei China", iaitu:
- Zhōnghuá Táibĕi (中華臺北 ) yang digunakan oleh Republik China (ROC) dan dalam semua dokumen rasmi;
- Zhōngguó Táibĕi (中國臺北 ) yang digunakan oleh Republik Rakyat China (PRC).
Oleh sebab Zhōngguó Táibĕi (中國臺北 ) juga boleh bermaksud "Taipei, China", kerajaan ROC melihatkan nama tersebut sebagai menghina kerana ia meletakkan Taiwan pada taraf yang sama dengan Hong Kong, China, dan Macau, China.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Jawatankuasa Olimpik Taipei Cina: Laman web rasmi Diarkibkan 2007-07-23 di Wayback Machine
- Taipkan "TPE" dalam laman-laman web jadual penerbangan yang berikut untuk melihat rujukan kepada "Taipei, Taipei Cina":
- Rencana-rencana mengenai rujukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Taiwan:
- Maklumat tentang Japan Asia Airways, sebuah anak syarikat Japan Airlines yang ditubuhkan untuk tidak menyinggung Beijing
- (Jepun) Laman web rasmi Japan Asia Airways Diarkibkan 2004-09-23 di Wayback Machine
- Maklumat Latar Belakang
- Permit Kediaman Switzerland merujuk kepada kerakyatan warganegara ROC sebagai "Taipei Cina"
Error: tiada nama laman disertakan (help).