Takaful
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Takaful bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Aplikasi
suntingDalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Sejarah
suntingKonsep takaful dilaporkan telah diamalkan dalam pelbagai bentuk sejak 622 Masihi.[1] Pengamal Takaful pertama dikenali sebagai Zubayr ibn al-Awwam, sahabat nabi, kerana amalan ini dibenarkan menurut konsensus ulama klasik, seperti Ibn Taymiyyah dalam Majmu Fatawa.[2] Secara praktiknya, Takaful dianggap secara teknikal sebagai perbankan sifar faedah dengan model perniagaan pengumpulan dana.[3] Di mata ulama dan penyelidik, al-Zubair Keusahawanan Tafakul telah menjadi objek kajian serius oleh ulama institusi Islam mengenai kelakuan dan etika dalam perniagaan mengikut Fiqh Islam, seperti Dr Erwandi Tarmizi.[4] Selain itu, penyelidik moden perbankan Islam,[5] dan ahli teori pembiayaan Islam,[6] telah mendalami aspek perniagaan Zubayr semasa hayatnya sebagai contoh.[5][6] Salah satu prinsip perniagaan az-Zubayr ialah etika perniagaan berasaskan Pengumpulan Dana menurut syariah.[7] Jenis perniagaan pengumpulan dana ini khususnya ialah amalan Zubayr menerima deposit keselamatan sebagai pinjaman dan melaburkan wang,[8][9] tanpa menerima faedah sebagai keuntungan perniagaan, yang dianggap sebagai riba dalam ajaran Islam.[10]
Para fuqaha Islam mengakui bahawa asas tanggungjawab bersama (dalam sistem aquila seperti yang diamalkan antara orang Islam Mekah dan Madinah) meletakkan asas insurans bersama. "Dalam kes insurans, seperti bank perdagangan, pendapat ortodoks berlaku," dan dengan "konsensus di kalangan ulama Islam" tentang kesahihan takaful dan keharaman insurans konvensional, "gerakan untuk mengislamkan perniagaan insurans kontemporari" bermula sekitar pertengahan 1970-an. Pada tahun 1976, satu fatwa telah dikeluarkan oleh Majlis Tinggi Arab Saudi "memihak kepada model Islam" untuk insurans.[1] Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, Jeddah dari Organisasi Kerjasama Islam juga meluluskan takaful sebagai bentuk perniagaan yang sah pada tahun 1985.[11][12] Syarikat Insurans Islam Sudan bermula sebagai syarikat takaful pertama pada tahun 1979.[13] Menjelang pertengahan 1990-an, terdapat tujuh syarikat takaful di Sudan, Dubai, Arab Saudi, Bahrain dan Jordan.[14]
Industri ini berkembang daripada $1.384 bilion pada tahun 2004 kepada $5.318 bilion pada tahun 2008.[15] Menjelang akhir tahun 2011, jumlah caruman takaful adalah berjumlah $12 bilion (berbanding $4 trilion untuk insurans konvensional).[14] Pada tahun 2005, terdapat 82 syarikat di seluruh dunia yang terlibat dalam perniagaan takaful (77 syarikat takaful berdedikasi, dan lima "menawarkan produk takaful" daripada "tetingkap Islam").[14] Menjelang tahun 2006, terdapat 133 syarikat.[11] Seperti bentuk insurans tradisional, insurans semula operasi takaful boleh digunakan, dikenali sebagai "takaful semula".[16] Juga pada tahun 2006, AIG, sebuah syarikat bukan Islam yang berpangkalan di AS (dengan lebih daripada 88 juta pelanggan di 130 negara), menubuhkan anak syarikat takaful bernama AIG Takaful Enaya, yang berpangkalan di Bahrain.[17] Setakat tahun 2013, negara takaful terkemuka ialah "Malaysia dan negara-negara Teluk".[14] Ia dilaporkan pada tahun 2016 bahawa daripada jumlah 308 syarikat takaful, 93 adalah tingkap takaful; namun, tingkap takaful ini hanya memiliki 2.5% daripada jumlah aset takaful.[18]
Perbezaan takaful & insurans konvensional
suntingObjektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
- "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans hayat sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.
Gharar
suntingMaksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
- "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:-
- Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
- Tidak diketahui kadar bayarannya.
- Tidak diketahui bila masanya.
Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
- Penjual dan Pembeli (Aqidain)
- Aqad (Ijab dan Qabul)
- Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
- Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
- Masa penyerahannya telah ditetapkan.
- Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
- Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
- Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
- Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
- Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
- Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Riba
suntingUnsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Hayat. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
Penyelesaian
suntingPara ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif Tabarru'
suntingTabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru' yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru' yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru' yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.
Syarikat pengendali takaful
suntingBerikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia pada hari ini:
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad (www.hltmt.com.my)
- Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
- ETiQa Takaful Berhad (www.etiqa.com.my)
- Takaful Ikhlas Berhad (www.takaful-ikhlas.com.my)
- Sun Life Malaysia Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com)
- HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad (www.takaful.hsbcamanah.com.my)
- Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
- Zurich Takaful Malaysia Berhad (www.maatakaful.com.my)
- Great Eastern Takaful Berhad (www.i-great.com)
- AIA PUBLIC Takaful Bhd (www.aiapublic.com.my/)
- AmMETLife Takaful Berhad (www.amtakaful.com.my)
- FWD takaful (https://www.fwd.com.my/)
Persatuan Takaful Malaysia (www.malaysiantakaful.com.my) telah ditubuhkan pada 29 November 2002 di bawah Akta Persatuan Malaysia 1966.
Rujukan
suntingNota
suntingPetikan
sunting- ^ a b Omar Fisher and Dawood Y.Taylor (April 2000). "Prospects for Evolution of Takaful in the 21st Century: Origins of Takaful". President and Fellows of Harvard College.
- ^ al Bushi (2019, p. 685,686)
- ^ Hasan, Zulkifli (2008). "Islamic Banking, Takaful and Al Rahnu LCA4562 DR. ZULKIFLI HASAN" (Dr.) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Sains Islam Malaysia. Dicapai pada 15 December 2021. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Tarmizi 2017, m/s. 242.
- ^ a b Al-Harbi 2017, m/s. 331-350.
- ^ a b Hailu & Yatoo 2021.
- ^ Lateh 2016, m/s. 46.
- ^ Karaoğlu 2020, m/s. 4l.
- ^ منان 2020.
- ^ Zaroni 2007, m/s. 1.
- ^ a b Ernst & Young, World Takaful Report 2008
- ^ Khan, What Is Wrong with Islamic Economics?, 2013: m/s. 403
- ^ Jamaldeen, Faleel. "Key Sharia Principles and Prohibitions in Islamic Finance". Dicapai pada 24 Julai 2016.
- ^ a b c d Khan, What Is Wrong with Islamic Economics?, 2013: m/s. 408
- ^ Ernst & Young, World Takaful Report 2010
- ^ "Concept Paper – Guidelines on Takaful Operational Framework" (PDF). Bank Negara Malaysia. 2009-12-01.
- ^ Jamaldeen, Islamic Finance For Dummies, 2012: m/s. 302
- ^ "WORLD TAKAFUL REPORT 2016" (PDF). 2016.
Buku, dokumen, artikel jurnal
sunting- el-Gamal, Mahmoud A. (2006). Islamic Finance : Law, Economics, and Practice (PDF). New York, NY: Cambridge. ISBN 9780521864145.
- Jamaldeen, Faleel (2012). Islamic Finance For Dummies (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. ISBN 9781118233900. Dicapai pada 15 Mac 2017.
- Khan, Muhammad Akram (2013). What Is Wrong with Islamic Economics?: Analysing the Present State and Future Agenda. Edward Elgar Publishing. ISBN 9781782544159. Dicapai pada 26 Mac 2015.
- Al-Harbi, A. T. (2017). "Determinants of Islamic banks' profitability: international evidence". International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management. 10 (3): 331–350. doi:10.1108/IMEFM-12-2015-0161. Dicapai pada 6 November 2021.
- Tarmizi, Erwandi (2017). Haram Wealth in Contemporary Muamalah (ed. English). Indonesia: PT Erwandi Tarmizi Konsultan. ISBN 9786021974209. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- Zaroni, Akhmad Nur (2007). "Gharar Transactions (Tinjauan terhadap Proses dan Obyek Transaksi Jual Beli)" [Jual Beli Gharar (Overview of the Process and Object of the Sale and Purchase Transaction)]. Mahazib Jurnal Pemikiran Islam. 4 (1): 1. Dicapai pada 11 November 2021.
- Hailu, Suadiq Mehammed; Yatoo, Nissar Ahmad (2021). "Islamic Finance in Ethiopia: Current Status, Prospects and Challenges". International Journal of Islamic Banking and Finance Research. 6 (1): 1–18. doi:10.46281/ijibfr.v6i1.1317. S2CID 240627919 Check
|s2cid=
value (bantuan). Dicapai pada 6 November 2021. - al Bushi, Abdullah bin Mubarak (2019). Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Darul Falah. ISBN 9786029208078. Dicapai pada 20 November 2021.
- Karaoğlu, Ömer (2020). "An Overview of the Financial History of Muslims". Journal of Knowlede Economy and Knowledge Management. 15 (1). Dicapai pada 11 November 2021.
- منان, عتاب (2020). "مقارنة الأداء المالي للمصارف الإسلامية والتقليدية في الأسواق الناشئة (بالغة الانجليزية" [Comparing the financial performance of Islamic and conventional banks in emerging markets (in English)]. مجلة الاسکندرية للبحوث المحاسبية (مجلة الاسکندرية للبحوث المحاسبية) (dalam bahasa Arab). 4 (2). doi:10.21608/aljalexu.2020.106078. S2CID 225896422.
- Lateh, Bukhoree (2016). "Multiple Contracts According to the Fatwa of National Sharia Council". International Journal of Nusantara Islam. 4 (1): 41–48. doi:10.15575/ijni.v4i1.1184. Dicapai pada 6 November 2021.