Takau injap atau takau ekor panjang (Psarisomus dalhousiae)[2][3][4] ialah spesies burung takau dalam keluarga Eurylaimidae yang terdapat di Himalaya menjangkau timur melalui timur laut India ke Asia Tenggara. Ia satu-satunya burung dalam genus Psarisomus.[5]

Takau injap
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Psarisomus

Swainson, 1837
Spesies:
P. dalhousiae
Nama binomial
Psarisomus dalhousiae
Jameson, 1835

Burung ini tinggal di dalam hutan di sepanjang taburannya. Di Malaysia, ia merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.

Taksonomi sunting

Nama genus Psarisomus dijejak daripada nama Psaris, sinonim nama genus Tityra dan kata bahasa Yunani σῶμα sōma "badan".[6] Nama saintifiknya memperingati Christina Broun, Countess bagi Dalhousie (1786–1839), isteri kepada George Ramsay, Earl ke-9 bagi Dalhousie.

Ciri-ciri sunting

 
Lukisan burung takau injap.

Takau injap sekitar 25 sm (10 inci) panjang dan seberat antara 50 dan 60 gram. Kepalanya ada corak berwarna hitam dan kuning,[4] seluruh mukanya berwarna kuning.[7]

Badannya penuh bulu pelepah berwarna hijau. Ekornya panjang berwarna biru dengan bahagian bawah berwarna hitam.[4]

Ia dapat dikenali melalui panggilannya yang nyaring. Burung ini malu dan biasanya menyorok dalam dedaun pokok.[7]

Tabiat sunting

Pemakanan sunting

Takau injap merupakan burung hutan yang memakan serangga. Ia hidup berkumpulan dan biasanya terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan.

Pembiakan sunting

Ia membina sarang berbentuk buah pear di atas pokok. Burung betina biasanya bertelur antara 5 dan 6 biji telur dalam satu sangkak yang dieram oleh kedua-dua pasangan; dua-dua burung jantina dan betina turut membantu membesarkan anak mereka.

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2016). "Psarisomus dalhousiae". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22698747A93701800. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22698747A93701800.en. Dicapai pada 23 November 2022.
  2. ^ Kamus Lengkap, Volume 1, Awang Sujai Hairul, Yusoff Khan, Malay-English dictionary.
  3. ^ "SCHEDULE THREE, TOTALLY PROTECTED BIRDS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-22. Dicapai pada 2013-06-17.
  4. ^ a b c Jeyarajasingam, Allen (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (ed. kedua). New York, Amerika Syarikat: OUP Oxford. m/s. 259. ISBN 978-0-19-963942-7.
  5. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "NZ wrens, Sapayoa, asities, broadbills, pittas". World Bird List Version 13.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 6 Jun 2023.
  6. ^ Jobling, James A. (2010). "Psarisomus" (PDF). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 319. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  7. ^ a b Lim, Pamela (30 November 2007). "Flocking of Long-tailed Broadbill". Bird Ecology Study Group. Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian. Dicapai pada 23 November 2022.

Pautan luar sunting