Tamagoyaki
Tamagoyaki ([ta-ma-go-ya-ki], 卵焼き atau 玉子焼き; "telur panggang") adalah sejenis telur dadar yang didapati di Jepun. Telur dadar ini dibuat dimasak menggunakan alat kuali bersegi empat khas dipanggil makiyakinabe (玉子焼き鍋; たまごやきなべ). Telur dikacau agar kuning telur bercampur dengan putih telur serta ditambah gula dan garam atau kicap sebagai penambah perisa; telur ini lalu digoreng selapis demi selapis sambil digulung dengan penyepit.
Tamagoyaki | |
---|---|
Jenis | Telur dadar |
Jenis sajian | Sarapan |
Tempat asal | Jepun |
Bahan utama | Telur |
Bahan yang biasa digunakan | Telur ayam |
Keragaman/variasi | Usuyaki-tamago, kinshi-tamago, iri-tamago |
sunting · sunting di Wikidata |
Jenis
suntingTelur dadar ini boleh dimasak dengan pelbagai cara bagi menambah perisa yang pelbagai pada asas telur itu sendiri:
- Dashimaki tamago - Tamagoyaki yang tidak manis kerana dicampur sari katsuobushi yang popular di daerah Kansai, sedangkan Tamagoyaki dengan gula yang sangat banyak lebih popular di Tokyo.
- Umaki - tamagoyaki dengan belut (unagi) jenis "kabayaki" yang disembunyikan di dalam gulungan telur sewaktu telur digoreng.
- Atsuyaki tamago - tamagoyaki yang sengaja dibuat tebal, digunakan sebagai neta pada sushi.