Datemaki (伊達巻) adalah makanan Jepun yang diperbuat daripada telur seperti Tatsuyaki tamago tapi dengan campuran ikan dan udang yang dilumatkan serta diberi mirin dan gula hingga terasa manis. Semua bahan-bahan dimasak menggunakan kuali leper bersegi empat.

Di daerah Nagasaki yang terkenal dengan kuih Castella (Kasutera), datemaki juga terkenal dengan nama Kasutera Kamaboko.

Di Jepun, datemaki merupakan makanan istimewa yang dihidangkan untuk menyambut Tahun Baru.

Asal usul nama sunting

  • Kononnya Date Masamune (seorang daimyo dari zaman Sengoku) suka makan masakan telur seperti ini sehingga dinamakan Datemaki.
  • Masakan ini merupakan sejenis Tamagoyaki yang merupakan masakan sederhana, tetapi dibuat khas dengan campuran ikan dan udang, sehingga dinamakan Datemaki (dalam bahasa Jepun, "Date" berarti berhias).

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.