Tan Cheong Min (Cina ringkas: 陈昌敏Cina tradisional: 陳昌敏pinyin: Chén Chāngmǐn, lahir pada 20 Ogos 1998) merupakan seorang atlet wushu Malaysia. Beliau telah memenangi pingat emas dalam acara nandao dan pingat perak dalam acara nanquan serta acara duilian dalam Kejohanan Wushu Dunia 2019 yang diadakan di Shanghai, China. Beliau telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2019/2020 dan merupakan atlet wushu pertama yang menerima anugerah tersebut.[2]

Tan Cheong Min
Maklumat peribadi
Nama penuhTan Cheong Min
Lahir (1998-08-20) 20 Ogos 1998 (umur 25)[1]
Melaka, Malaysia
Sukan
SukanWushu
AcaraNanquan, Nandao, Nangun
Rekod pingat
Mewakili  Malaysia
Acara 1 2 3
Kejohanan Dunia 2 3 1
Kejohanan Dunia 1 1 1
Sukan Universiti Dunia 0 1 0
AUG 1 2 0
SUKMA 7 1 1
Kejohanan Belia 2 3 1
Jumlah 13 11 4
Wushu
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama China 2019 Nandao perempuan
Pingat perak – tempat kedua China 2019 Nanquan perempuan
Pingat perak – tempat kedua China 2019 Duilian perempuan
Pingat emas – tempat pertama Russia 2017 Duilian perempuan
Pingat perak – tempat kedua Russia 2017 Nandao perempuan
Pingat gangsa – tempat ketiga Russia 2017 Nangun perempuan
Taolu World Cup
Pingat emas – tempat pertama Myanmar 2018 Duilian perempuan
Pingat perak – tempat kedua Myanmar 2018 Nanquan perempuan
Pingat gangsa – tempat ketiga Myanmar 2018 Nandao perempuan
Sukan Universiti Dunia
Pingat perak – tempat kedua Taipei 2017 Nanquan + Nandao perempuan
AUG
Pingat emas – tempat pertama Myanmar 2018 Nandao + Nangun perempuan
Pingat perak – tempat kedua Myanmar 2018 Nanquan perempuan
Pingat perak – tempat kedua Myanmar 2018 Duilian perempuan
SUKMA
Pingat emas – tempat pertama Perak 2018 Nanquan perempuan
Pingat perak – tempat kedua Perak 2018 Nandao perempuan
Pingat emas – tempat pertama Sarawak 2016 Nanquan perempuan
Pingat emas – tempat pertama Sarawak 2016 Nandao perempuan
Pingat emas – tempat pertama Sarawak 2016 Nangun perempuan
Pingat emas – tempat pertama Perlis 2014 Nanquan perempuan
Pingat emas – tempat pertama Perlis 2014 Nandao perempuan
Pingat emas – tempat pertama Perlis 2014 Nangun perempuan
Pingat gangsa – tempat ketiga Pahang 2012 Nandao perempuan
Kejohanan Belia
Pingat emas – tempat pertama Bulgaria 2016 Nanquan A
Pingat perak – tempat kedua Bulgaria 2016 Nangun A
Pingat gangsa – tempat ketiga Bulgaria 2016 Nandao A
Pingat emas – tempat pertama Filipina 2013 Nandao B
Pingat perak – tempat kedua Filipina 2013 Nanquan B
Pingat perak – tempat kedua Singapura 2010 Daoshu C

Kehidupan awal sunting

Cheong Min dilahirkan pada 20 Ogos 1998 di Cheng, Melaka.[3] Adiknya, Tan Cheong Wan, turut merupakan seorang atlet wushu.[4] Beliau mendapat pendidikan rendah di SJK (C) Cheng, dan ketika itu beliau mula berminat dengan wushu apabila menonton persembahan Pasukan Wushu Negeri Melaka di sekolahnya dan tertarik dengan pergerakan akrobatik mereka.[5] Beliau mula menyertai kelas wushu semasa berusia 9 tahun sebagai satu kegiatan kokurikulum. Beliau asalnya bertanding dalam acara Changquan, Daoshu dan Gunshu.[6]

Beliau bertanding dalam Kejohanan Belia pertamanya pada tahun 2010, semasa beliau berusia 12 tahun.[5] Bakatnya dikesan oleh jurulatih pasukan kebangsaan ketika beliau memperoleh pingat gangsa dalam SUKMA pada tahun 2012. Beliau kemudiannya menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2013 dan menjadi atlet simpanan pasukan kebangsaan. Ketika itu, beliau mula bertanding dalam acara nanquan atas nasihat jurulatihnya.[6] Beliau mendapat sarjana mudanya dalam bidang teknologi maklumat di Universiti Asia Pasifik.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "TAN Cheong Min". Sukan Universiti Musim Panas 2017 Taipei. Dicapai pada 23 Mac 2022.
  2. ^ Helmi Talkah (22 Mac 2022). "Azizulhasni, Cheong Min Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2019/2020". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mac 2022.
  3. ^ "Atlet wushu, Tan Cheong Min tumpu dua kejohanan tahun ini". berita.rtm.gov.my. 22 Februari 2020. Dicapai pada 9 April 2022.
  4. ^ Loghun Kumaran (12 September 2018). "Melaka's golden Tan siblings on winning streak". Malay Mail. Dicapai pada 9 April 2022.
  5. ^ a b "参加世界武术赛载誉归·2校友回晋巷分享成就" [Kembali dari Kejohanan Dunia Wushu dengan kemenangan- 2 bekas pelajar SJK (C) Cheng kongsi pencapaian mereka]. Sin Chew Jit Poh (dalam bahasa Cina). 16 November 2019. Dicapai pada 9 April 2022.
  6. ^ a b Dai, Hui Yi (24 Jun 2021). ""武术教会我不要轻言放弃"——专访武坛新星陈昌敏" ["Wushu mengajar saya agar tidak berputus asa" - Temu bual dengan bintang baharu wushu Tan Cheong Min]. The Interview (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 9 April 2022.
  7. ^ "疫下无赛仍专注备战-"敏"而好学盼亚运凯旋" [Berlatih walaupun tiada pertandingan semasa pandemik - Cheong Min berharap kemenangan di Sukan Asia]. Sin Chew Jit Poh (dalam bahasa Cina). 22 Februari 2021. Dicapai pada 9 April 2022.