Tangsuyuk
Tangsuyuk (탕수육 ) ialah hidangan daging Masakan China dengan sos manis dan masam. Ia boleh diperbuat dengan daging babi atau daging lembu.[1]
Tangsuyuk | |
---|---|
Jenis | Makanan |
Tempat asal | Republik Rakyat China |
Masakan berkaitan | Masakan China |
Suhu penghidangan | Suam |
Bahan utama | Pinggang babi atau lembu, sos manis dan masam |
sunting · sunting di Wikidata |
Nama Korea | |
---|---|
Hangul | 탕수육 |
Hanja | (*糖)水肉 |
Perumian Semakan | tangsuyuk |
McCune–Reischauer | t'angsuyuk |
Sejarah dan etimologi
suntingTangsuyuk pertama kali dibuat oleh imigran Cina di bandar pelabuhan Incheon, di mana majoriti populasi etnik Cina di Korea Selatan tinggal. Ia berasal dari tángcùròu (糖醋肉 ) gaya Shandong, memandangkan pendatang Cina kebanyakannya dari Shandong (atau bahagian Timur, Utara, dan Timur China yang lain) kerana kedekatan dari segi geografi.[2]
Walaupun aksara Cina bermaksud "gula" (糖 ), "cuka" (醋 ), dan "daging" (肉 ) dilafazkan dang, cho, dan yuk dalam bahasa Korea, hidangan itu dipanggil tangsuyuk, bukan dangchoyuk, kerana perkataan tangsu berasal dari transliterasi sebutan Cina tángcù [tʰǎŋ.tsʰû], dengan afrikat c [tsʰ] dalam suku kata kedua dilemahkan ke dalam frikatif s [s].[3] Suku kata ketiga ròu (肉 ) tidak ditransliterasi, memandangkan perkataan Sino-Korea yuk (육 ; 肉 ) bermaksud "daging" juga lazim digunakan dalam nama hidangan Korea. Perkataan tangsuyuk ialah gabungan perkataan pinjaman yang diterjemahkan tangsu dan Sino-Korea yuk, ia bukan perbendaharaan kata Sino-Korea yang boleh ditulis dalam hanja. Bagaimanapun, pembentukan semula suku kata kedua dengan hanja su (수 ; 水 ), bermaksud "air", mungkin kerana sosnya dianggap seperti berkuah.[1]
Penyediaan
suntingDaging pinggang babi atau lembu disalut dengan adunan, biasanya dibuat dengan merendam campuran kanji kentang atau kanji keledek dan kanji jagung Di dalam air selama beberapa jam dan mengalirkan air yang berlebihan. Tepung beras pulut juga boleh digunakan. Putih telur atau minyak masak ditambah ke dalam adunan untuk mengubah kepekatannya. Begitu juga dengan masakan goreng Korea yang lain, daging tangsuyuk yang bersadur digoreng dua kali.[4][5]
Tangsuyukdisajikan dengan sos manis dan masam, yang biasanya dibuat daripada cuka, gula, dan air, dengan pelbagai buah-buahan dan sayuran seperti lobak merah, timun, bawang, cendawan telinga kayu, dan nanas. Buburan kanji digunakan untuk memekatkan sos.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b "tangsuyuk" 탕수육. Standard Korean Language Dictionary (dalam bahasa Korea). National Institute of Korean Language. Dicapai pada 21 April 2017.
- ^ 김, 경운 (26 February 2016). "짜장면과 탕수육". Seoul Shinmun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 21 April 2017.
- ^ 임, 대근 (10 June 2016). "탕수육은 왜 탕수육일까?". Pressian (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 21 April 2017.
- ^ a b Ro, Hyo-sun (28 March 2014). "Tangsuyuk (sweet and sour pork)". The Korea Herald. Dicapai pada 21 April 2017.
- ^ Joo, J. (2016). Korean Food Made Simple. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 183. ISBN 978-0-544-66308-4. Dicapai pada April 25, 2017.