Tenuk

(Dilencongkan dari Tapiridae)


Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali sebagai Tapir, Senuk, Cipan, Kipan, Badak Tampung, Badak Murai, Badak Tenuk, Badak Babi, dan Kuda Air. Antara namanya dalam bahasa Orang Asli adalah baghik (Bateq), barééw (Temiar), naq běrtampal (Temoq), grěbel (Che Wong), baret atau baroong (Jahai), dan badak sipan (Temuan).

Tenuk
frames
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Spesies:
Tapirus bairdii
Tapirus indicus
Tapirus pinchaque
Tapirus terrestris
Tapirus kabomani

Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-

  1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
  2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
  3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
  4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.
  5. Tenuk Hitam Kecil (Tapirus kabomani) - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.


Pautan luarSunting