Tebing Tinggi
Tebing Tinggi merupakan sebuah kota di Sumatera Utara, Indonesia. Berjarak sekitar 80 kilometer dari Medan, ia terletak di Jalan Nasional menuju Pematang Siantar (Sumatera Utara) dan Tanjung Balai (Sumatera Utara).
Kota Tebing Tinggi كوتا تبڠ تنڠي | |
---|---|
Kawasan tahap II | |
Cogan kata: Esa Hilang Dua Terbilang | |
Koordinat: 3°19′42″N 99°09′45″E / 3.3283°N 99.1625°E | |
Negara | Indonesia |
Provinsi | Sumatra Utara |
Jumlah satuan pemerintahan | Senarai |
Pentadbiran | |
• Bupati | Ir. H. Umar Zunaidi Hasibuan |
Keluasan | |
• Jumlah | 38.438 km2 (14.841 batu persegi) |
Penduduk ((2015)[1]) | |
• Jumlah | 156,815 |
• Kepadatan | 4,100/km2 (11,000/batu persegi) |
Demografi | |
Zon waktu | [[UTC]] (WIB) |
DAU | Rp. 368.586.756.000.- |
Laman sesawang | - |
Tebing Tinggi dengan luas wilayah 3,843.8 hektar (38.4 km persegi) dibahagikan bagi pentadbiran menjadi tiga kecamatan dengan 27 kelurahan. Kota ini mengandungi 125,000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum pendatang.
Tebing Tinggi telah memiliki pelbagai sarana dan prasarana kota yang selama ini difungsikan untuk melayani masyarakat. Pelbagai kegiatan pelayanan umum dibidang pendidikan, kesihatan, perniagaan, pemukiman dan penyediaan jasa-jasa lainnya masih memberikan peluang kepada dunia usaha dan masyarakat untuk melakukan pelaburan sesuai dengan pertumbuhan kota.
Geografi
suntingTebing Tinggi terletak di antara 3º19` - 3º21` lintang utara dan 98º9` - 98º11` bujur timur. Kota ini dikelilingi oleh beberapa perkebunan besar, baik milik pemerintah mahupun swasta yang kesemuanya secara pentadbiran masih berada dalam kawasan Kecamatan Tebing Tinggi, Kabupaten Deli Serdang.
Selain itu, Tebing Tinggi terletak di jalan penghubung antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sumatera Utara. Daerah ini dilintasi oleh empat aliran sungai besar dan kecil, iaitu: Sungai Padang, Sungai Bahilang, Sungai Kalembah dan Sungai Sibarau.
Tanah Tebing Tinggi pada umumnya mendatar dan bergelombang, dengan ketinggian sekitar 26-34 meter di atas permukaan laut.
Iklim
suntingBerdasarkan letak geografi, Tebing Tinggi beriklim tropika dengan suhu udara antara 24-28ºC. Daerah Tebing Tinggi dipengaruhi oleh dua musim, iaitu musim kemarau dan musim hujan, dengan jumlah curah hujan sepanjang tahun rata-rata 1.217 mm setahun dengan kelembaban udara 80-90%.
Lihat juga
sunting- ^ [https://tebingtinggikota.bps.go.id/frontend/index.php/publikasi/52/"Kota[pautan mati kekal] Tebing Tinggi Dalam Angka 2016"