Dalam geografi, tebing ialah tanah yang terbentuk di samping jasad air. Struktur yang berbeza dirujuk sebagai tebing dalam bidang geografi yang berbeza, seperti berikut. Dalam limnologi (iaitu kajian tentang perairan pedalaman) pula, tebing sungai ialah bentuk muka bumi di sepanjang dasar sungai, caruk (anak sungai), atau sungai.[1] Tebing sungai terdiri daripada sisi alur, di antaranya aliran sungai yang terkurung.[1] Tebing sungai mempunyai bidang khusus dalam geografi fluvium, iaitu mengkaji proses yang berkaitan dengan sungai dan saliran serta proses pengendapan dan bentuk muka bumi yang dicipta olehnya sendiri. Luahan penuh tebing merupakan pelepasan/luahan yang hebat untuk mengisi alur dan mengatasi tebing sungai.[2]

Tebing sungai Sungai Marasimsim di Sabah, Malaysia.
Tebing sungai di Sungai Tambul, Kota Damansara.

Istilah deskriptif mengenai tebing kiri dan tebing kanan merujuk kepada perspektif pemerhati yang melihat ke muara sungai; contoh yang terkenal ialah bahagian-bahagian Paris seperti yang dapat dilihat di Sungai Seine. Garis pinggir laut iaitu kolam, paya, muara, takungan, atau tasik juga berkaitan dalam limnologi dan kadangkala dirujuk sebagai tebing sungai. Darjah semua tebing atau garis pinggir laut ini boleh berbeza dari cerun yang menegak ke cerun cetek.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Luna B. Leopold; M. Gordon Wolman; John P. Miller (1995). Fluvial processes in geomorphology. New York: Dover Publications. ISBN 978-0-486-68588-5.
  2. ^ Mulvihill, Christiane. "2 Bankful Discharge and Channel Characteristics of Streams in New York State" (PDF). United States Geological Survey.

Pautan luar sunting