Tembakau (kartunis)

Azhar Ahmad (29 Ogos 1972 – 18 Jun 2018)[1] atau lebih dikenali dengan nama pena Tembakau merupakan seorang kartunis Malaysia, beliau mula meraih populariti menerusi siri cerita Kartini. Beliau merupakan salah seorang anak didik kartunis terkenal, Ibrahim Anon (Ujang).

Tembakau
Kelahiran
Azhar bin Ahmad

(1972-08-29)29 Ogos 1972
Meninggal dunia18 Jun 2018(2018-06-18) (umur 45)
Sebab kematianSerangan jantung
PekerjaanKartunis
Tahun aktif1995–2018

Pendidikan dan kerjaya sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya di peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Sewaktu melanjutkan pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan.[2]

Beliau memulakan kerjaya sebagai kartunis majalah kartun humor popular Ujang yang mana kartunis Ujang memberikan nama Tembakau kepadanya. Kartunis Tembakau kemudiannya bekerja di Kharisma Pictures sebagai penulis cerita dan skrip untuk siri animasi Usop Sontorian. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai pengarah seni bagi siri animasi itu.[2]

Pada tahun 1997, Tembakau menerbitkan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali merupakan kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.[2]

Tembakau adalah salah seorang penggiat komik yang tidak jemu-jemu membantu dalam menyokong aktiviti PEKOMIK dan arena komik tanah air. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar Pekomik Classroom dan pemenang Anugerah Pekomik kategori Penulis Komik Terbaik dan Komik Terbaik pada tahun 2012.

Beliau juga dikatakan dalam proses menulis skrip filem Kartini yang diadaptasi dari novel grafiknya sendiri, yang pertama kali diterbitkan dalam majalah Lanun pada 1990-an.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 18 Jun 2018, jam 10 pagi akibat serangan jantung pada usia 45 tahun selepas hampir 10 hari terlantar di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur.[3] Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Kampung Lalang dan dikebumikan di kampung halamannya di Padang Rengas, Perak. Kartunis Tembakau meninggalkan seorang balu dan tiga anak.[4]

Karya sunting

Filemografi sunting

Bibliografi sunting

  • Ujang (1995-97)
  • Lanun (1997-99)
  • Buletin Lubok (1998)
  • Antologi PTS (2007)
  • Kartini
  • Rekreasi Minda

Rujukan sunting

  1. ^ Ridzuan Abd Rahman (18 Jun 2018). Tiada lagi kartunis Tembakau Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  2. ^ a b c Kartini by Azhar Ahmad Goodreads. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  3. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (18 Jun 2018). Kartunis Tembakau meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  4. ^ Kartunis Tembakau selamat dikebumikan Astro Awani (18 Jun 2018). Dicapai pada 19 Jun 2018.

Pautan luar sunting