Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah
Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III (10 September 1933–20 September 2020) ialah seorang Diplomat Malaysia dan ahli kerabat diraja Kelantan. Beliau berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 1975 hingga 1978 dan Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 1978 hingga 1982. Beliau merupakan kekanda kepada bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.[1]
Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah | |
---|---|
تڠكو عبدالعزيزبن تڠکو محمد حمزة | |
Duta Besar Malaysia ke Belanda | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Raja | Sultan Yahya Petra Sultan Ahmad Shah |
Perdana Menteri | Hussein Onn Mahathir Mohamad |
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi | |
Dalam jawatan 1975–1978 | |
Raja | Sultan Yahya Petra |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein Hussein Onn |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British | 10 September 1933
Meninggal dunia | 20 September 2020 Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia | (umur 87)
Tempat persemadian | Makam Diraja Langgar, Kota Bharu |
Pasangan | Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1960; m. 2020) |
Anak-anak | Tengku Mohamad Rizam Tengku Ramizan Tengku Mohamad Rizal Tengku Mohamad Ridzman |
Ibu bapa | Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (Ayahanda) Nik Zainab binti Ismail (Bonda) |
Saudara | Tengku Azizah (kekanda) Tengku Zain (kekanda) Tengku Maziah (kekanda) Tengku Razaleigh (adinda) Tengku Robert (adinda) |
Hubungan | Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (anakanda saudara/biras) |
Pekerjaan | Duta Besar |
Kehidupan awal dan pendidikan sunting
Tengku Abdul Aziz telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan putera sulung kepada Menteri Besar Kelantan ke-12, Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Ismail. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid yang merupakan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Abdul Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong di samping mendapat asuhan agama di rumahnya. Dalam tahun 1945, beliau menuntut di Maktab Sultan Ismail dan dalam tahun 1956 hingga 1958, beliau berangkat melanjutkan pelajaran di Australia.[2][3]
Sejarah lantikan sunting
Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan sebanyak dua kali. Kali pertama ialah ketika ayahanda mentuanya, Sultan Yahya Petra dalam rangka lawatan tidak rasmi ke Jepun, Taiwan dan Hong Kong, di mana beliau menjadi Pemangku Raja selama dua bulan, bermula dari 18 April 1966 hingga 3 Julai 1966.[4] Semasa ayahanda mentuanya menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1967, Tengku Abdul Aziz berkhidmat semula sebagai Pemangku Raja selama tiga bulan mulai 13 Disember 1967 sehingga ayahanda mentuanya pulang ke negeri Kelantan.[5]
Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) pada 21 September 1965 sebelum diganti oleh Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 25 April 2010.[6][7]
Tengku Abdul Aziz merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dari 1 Januari 1967 hingga 31 Mei 1975.[8]
Kehidupan peribadi sunting
Tengku Abdul Aziz telah melangsungkan perkahwinan dengan puteri sulung kepada Sultan Kelantan ke-27, Sultan Yahya Petra iaitu Tengku Merjan pada 22 Januari 1960. Mereka telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam (Tengku Temenggong Kelantan), Datin Tengku Ramizan, Tengku Mohamad Rizal dan Datuk Tengku Mohamad Ridzman.[9]
Kemangkatan sunting
Tengku Abdul Aziz telah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada jam 2.37 pagi, 20 September 2020. Jenazahnya telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.[10]
Penghargaan sunting
Tengku Abdul Aziz telah dikurniakan gelaran Tengku Sri Utama Raja oleh ayahanda mentuanya, Sultan Yahya Petra pada tahun 1962.[11] Antara anugerah yang dianugerahkan kepadanya adalah seperti berikut:
- Kelantan:
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK, 1962) membawa gelaran Dato'[12]
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK, 1965) membawa gelaran Dato'[13]
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (DK, 1968)[14]
Rujukan sunting
- ^ Tengku Abdul Halim dilantik YDP MPN Kelantan yang baru Berita Harian
- ^ https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm Butiran Tengku Abdul Aziz
- ^ Riwayat ringkas bekas Pemangku Raja Kelantan
- ^ "Kelantan Ruler leaves for a holiday". The Straits Times. 19 April 1966. m/s. 8.
- ^ "Tengku Abdul Aziz is Regent of Kelantan". The Straits Budget. 20 December 1967. m/s. 7.
- ^ "3 di-lantek menyandang jawatan istana". Berita Harian. 22 September 1965. m/s. 7.
- ^ YDP Majlis Perajaan Kelantan diganti
- ^ KHAZANAH BALAI
- ^ "PERKAHWINAN PUTERI TENGKU MAHKOTA, PUTERA BEKAS M.B." Berita Harian. 23 January 1960. m/s. 1.
- ^ Ayahanda Tengku Temenggong Kelantan mangkat
- ^ "Five new datos in the honours list". The Straits Budget. 18 July 1962. m/s. 11.
- ^ "Five new datos in the honours list". The Straits Budget. 18 July 1962. m/s. 11.
- ^ "Anugerah hari keputeraan Sultan". Berita Harian. 18 July 1965. m/s. 5.
- ^ "Sultan Brunai menerima kurniaan". Berita Harian. 11 July 1968. m/s. 7.