Tengku Muhamad Sultan Ahmad
YAM Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Sultan Ahmad adalah Menteri Besar Pahang dari 1 Februari 1951 - 1 Februari 1955 iaitu ketika penjajahan British di Tanah Melayu. Bapanya Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Tun Ali menjadi Sultan Pahang dari 1882-1914 [1].
Pada 21 Mei 1935 beliau turut dilantik sebagai pembantu kanan (ADC) kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Turut dilantik jawatan yang sama ialah Tengku Nasir ibni Yang di-Pertuan Besar Muhammad, Raja Haji Shahar Bhah bin Raja Harun al Rashid, Tengku Abdul Aziz Ibni Sultan Alaidin Sulaiman Shah dan Dato' Hussain bin Mohamed Taib [2].
RujukanSunting
- ^ The Straits Times, 21 April 1909, hlm 7 'Sultan of Pahang Retires in Favour of Tungku Besar
- ^ The Straits Times, 21 Mei 1935, hlm 10; 'Malay ADC'.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Pahang 1951 – 1955 |
Penyandang Kemudian |
Mahmud bin Mat | Tun Abdul Razak |