Tentera Darat Ke-16 (Wehrmacht)
Tentera Darat Ke-16 (Jerman: 16. Armee ) adalah sebuah tentera darat medan Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia II.
16. Armee Tentera Darat Ke-16 | |
---|---|
Aktif | 22 Oktober 1939 – 8 Mei 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Tentera Darat |
Jenis | Tentera darat medan |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Sejarah
suntingIa mengambil bahagian dalam Pertempuran Perancis. Ia kemudian dikerahkan bersama Kumpulan Tentera Darat Utara semasa Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union. Ia bertempur di utara Rusia pada Januari 1942 dimana sebahagiannya telah dikepung oleh pihak Soviet berhampiran Demyansk. Hitler melarang pengunduran dan ketumbukan itu telah di bekalkan semula melalui udara sehingga satu laluan darat dapat dibuka pada April 1942. Ia kemudiannya terlibat dalam Pengepungan Leningrad. Pihak Soviet membebaskan Leningrad pada Januari 1944.
Pada 19 February 1944, Barisan Ke-2 Baltik Soviet melancarkan beberapa serangan baru terhadap Tentera Darat Ke-16 Jerman disekitar Kholm. Tentera Darat Ke-22 Soviet membuat kemajuan yang baik dalam serangan awal. Serangan ini sangat mengesankan Tentera Darat Ke-16. Ketumbukan itu, bersama dengan Tentera Darat Ke-18 telah terpisah di Semenanjung Courland apabila pihak Soviet melancarkan penyerangan musim panas dan musim gugur pada 1944. Ia terperangkap disana dalam Kepungan Courland sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Courland sehingga tamat perang. Pada Mei 1945 saki baki ketumbukan itu, kini kekuatannya menurun ke paras kor, menyerah kalah kepada Tentera Merah dan dipaksa berarak ke pusat tahanan. Mereka yang terselamat dibenarkan pulang pada tahun 1955.
Senarai Panglima
suntingBil | Panglima | Gambar | Tempoh Pemerintahan |
1 | Generalfeldmarschall Ernst Busch | 22 Oktober 1939 - 11 Oktober 1943 | |
2 | General der Artillerie Christian Hansen | 11 Oktober 1943 - 1 Julai 1944 | |
3 | General der Infanterie Paul Laux | 80px | 2 Juai 1944 - 30 Ogos 1944 |
4 | Generaloberst Carl Hilpert | 80px | 3 September 1944 - 10 Mac 1945 |
5 | General der Infanterie Ernst-Anton von Krosigk | 80px | 10 Mac 1945 - 16 Mac 1945 |
6 | General der Gebirgstruppe Friedrich-Jobst Volckamer von Kirchensittenbach | 80px | 17 Mac 1945 - 10 Mei 1945 |