Terier Manchester

baka anjing dari England

Terier Manchester[a] ialah satu baka anjing daripada jenis terier berbulu licin. Ia pertama kali dibiakbakakan pada abad ke-19 untuk mengawal haiwan perosak, khususnya tikus, yang terhadapnya ia cemerlang. Ia sungguh cekap dalam tugasnya sehingga ia kerap muncul di dalam serling umpan tikus sehingga sukan itu, yang pengharamannya telah berkuat kuasa di United Kingdom sejak tahun 1835, akhirnya lenyap pada permulaan abad ke-20.

Terier Manchester
Terier Manchester dengan gaya pertunjukan
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baka ini pada umumnya sihat, walaupun anjing dapat terjejas akibat kecelaruan genetik boleh waris. Penurunan mendadak dari segi anggka terier Manchester berdaftar ikutan Perang Dunia Kedua telah menyebabkan pengkategoriannya oleh The Kennel Club sebagai baka asli rentan, iaitu dalam bahaya kepupusan.

Sejarah sunting

 
Eliza Soane, isteri kepada arkitek John Soane, dengan terier Manchester beliau Fanny. Dilukis oleh John Jackson sekitar antara 1804 dengan 1815.

Terier Manchester dikembangkan daripada terier hitam dan sawo matang dan whippet.[1] Dalam tulisan pada awal abad ke-16, John Caius memerihalkan anjing jenis terier Manchester dalam De Canibus Britannicis,[b] dan, pada awal abad ke-19, Sydenham Edwards memerihalkan yang dipanggil oleh beliau terier Manchester dalam Cynographia Britannica karya beliau.[2]

Terier hitam dan sawo matang mempunyai status hampir seakan-akan legenda sebagai pembunuh tikus, kebolehan yang amat dihargai di bandar-bandar sesak dan penuh tikus seperti Manchester pada abad ke-19. Sukan pengumpanan tikus, iaitu apaila terier dilemparkan ke dalam kurungan yang berisi dengan tikus dan masa dicatat untuk menentukan tempoh yang diambil oleh anjing itu untuk membunuh semua tikus itu, telah menjadi popular menjelang awal abad ke-19 bersama-sama dengan coursing arnab. Dalam usaha untuk menghasilkan anjing yang dapat menjadi cemerlang dalam kedua-dua sukan, pembiak baka John Hulme berkeputusan untuk menyilangan seekor terier hitam dan sawo matang dengan seekor whippet.[3] Anjing serupa dibiakbakakan di pelbagai ceruk lain di England, tetapi, menjelang tahun 1860, Manchester telah menjadi pusat baka untuk terier baharu ini, maka ia dikenali sebagai terier Manchester. Baka lain, termasuk grehaun Itali dan dachshund, mungkin juga telah diperkenalkan ke dalam susur galur.[4]

Terier Manchester mendapat nama julukan Gentleman's Terrier ("terier [si] budiman") pada zaman Victoria, kerana sikap bermaruahnya.[5]

Ciri sunting

Terier Manchester dengan telinga butang
Memaparkan telinga tegak

Penampilan sunting

Menjelang awal abad ke-19, padanan lebih dekat dengan terier Manchester semasa telah ber-evolusi. Dalam The Dog in Health and Disease karya J. A. Walsh, satu bab lengkap dikhaskan untuk terier hitam dan sawo matang, buat pertama kalinya mengiktirafnya sebagai baka mantap. Perihal yang diberikan oleh Walsh masih relevan: Berbulu licin, hidung panjang menirus, tengkorak rata sempit, mata kecil dan cerah, dada agak dalam berbanding dengan lebar, satu-satu warna sejati hitam dan sawo matang.

Perangai sunting

Sesetengah baka terier mempunyai reputasi sebagai baka "tabah dan berwajah masam", tetapi istilah sedemikian tidak terpakai untuk terier Manchester yang cerdas dan ingin tahu, yang "bertenaga dan penyayang" sebagaimana ia "berani dan tabah", dan merupakan pendamping "setia dan bersemangat untuk menggembirakan orang".[6]

Keragaman sunting

Canadian Kennel Club dan American Kennel Club mengiktiraf dua keragaman bagi terier Manchester, varian asli dan varian katik, iaitu terier mainan Manchester. Varian mainan diiktiraf sebagai baka terpisah oleh American Kennel Club pada tahun 1938 dan masih dianggap sebagai baka terpisah oleh The Kennel Club, iaitu terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris.[7] Sementara terier Manchester mungkin mempunyai telinga butang, telinga tegak, atau telinga terpotong, terier mainan Manchester pula hanya mempunyai telinga tegak.[8] Selain perbezaan saiz dan jenis telinga, terier Manchester dan terier mainan Manchester mempunyai penampilan keseluruhan sama. Sejak tahun 1958, American Kennel Club telah menganggap kedua-duanya sebagai keragaman bagi baka sama.

Kesihatan sunting

Menurut Tinjauan Kesihatan Baka Tulen The Kennel Club, yang dijalankan pada tahun 2004, terier Manchester mempunyai jangka hayat median sekitar 12 tahun 10 bulan. Lebih sedikit daripada 31 peratus haiwan yang kematiannya dilaporkan dalam tinjauan itu mati akibat usia lanjut.[9] Terdapat sesetengah masalah kesihatan yang dikenal pasti pada baka ini yang berkaitan dengan mutasi genetik boleh waris.

Glaukoma sekunder sunting

Glaukoma ialah keadaan genetik agak lazim pada beberapa baka terier,[10] termasuk terier Manchester. Glaukoma sekunder, yang juga dikenali sebagai kehelan kata, disebabkan oleh tekanan berlebihan di dalam biji mata yang memaksa kanta mata keluar daripada jajaran. Satu-satunya rawatan berkesan untuk keadaan ini ialah pembedahan pembuangan kanta.[11]

Penyakit von Willebrand sunting

Penyakit von Willebrand ialah gangguan pembekuan darah yang menjejaskan manusia dan beberapa baka anjing, termasuk terier Manchester. Mutasi genetik ini berlaku pada kedua-dua keragaman piawai dan mainan, tetapi lebih umum terlihat pada keragaman mainan.[12] Pada terier Manchester, gennya adalah resesif autosom, yang bermakna bahawa untuk sebarang keturunan terjejas, gen rosak mesti dibawa oleh kedua-dua induk. Anjing terjejas terdedah kepada perdarahan hidung dan perdarahan daripada gusi.[13] Ujian DNA tersedia untuk memeriksa untuk keadaan ini dan The Kennel Club mengekalkan daftar keputusan ujian tersebut, lalu membolehkan pembiak baka mengelakkan pembiakbakaan daripada anjing terjejas.[14]

Kebimbangan kepupusan sunting

Pada penghujung Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, terdapat hanya 11 ekor terier Manchester yang berdaftar dengan The Kennel Club, tetapi atas usaha British Manchester Terrier Club, yang dibentuk pada tahun 1937, dan lain-lain, baka ini diselamatkan daripada kepupusan.[1][15] The Kennel Club, walau bagaimanapun, mengelaskan terier Manchester sebagai baka asli rentan.[c] Pada antara tahun 2017 dengan tahun 2021, purata 177 kelahiran setahun didaftarkan.[16]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: تيريئر منچيستر; bahasa Inggeris: Manchester terrier
  2. ^ De Canibus Brittanicis dipercayai sebagai karya bertulis terawal yang mendokumenkan anjing.[2]
  3. ^ The Kennel Club menganggap sesuatu baka rentan terhadap kepupusan jika terdapat kurang daripada 300 pendaftaran kelahiran setiap tahun.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Breed Information Centre: Manchester Terrier" (dalam bahasa Inggeris), Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
  2. ^ a b Shane (1999), m/s. 7
  3. ^ Shane (1999), m/s. 8
  4. ^ Shane (1999), m/s. 9
  5. ^ Cookson (2002), m/s. 121
  6. ^ Shane (1999), m/s. 14, 18
  7. ^ "Breed Information Centre: English Toy Terrier (Black & Tan)" (dalam bahasa Inggeris), Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
  8. ^ "Full Breed Standard: Manchester Terrier" (PDF) (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
  9. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey: Manchester Terrier" (PDF), thekennelclub.org.uk (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, dicapai pada 6 Mac 2024
  10. ^ Crispin, Sheila, "Hereditary Eye Disease in Dogs" (PDF) (dalam bahasa Inggeris), British Small Animal Veterinary Association, dicapai pada 23 Januari 2024
  11. ^ Shane (1999), m/s. 76
  12. ^ Shane (1999), m/s. 76–77
  13. ^ "Screening Scheme Description" (dalam bahasa Inggeris), Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
  14. ^ "Manchester Terrier DNA Screening" (dalam bahasa Inggeris), Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
  15. ^ "About the BMTC" (dalam bahasa Inggeris), British Manchester Terrier Club, dicapai pada 23 Januari 2024
  16. ^ a b "Vulnerable Native Breeds" (dalam bahasa Inggeris), Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting