Tetap Menanti (Album 1982)
Tetap Menanti merupakan album studio solo ketiga penyanyi popular Rahim Maarof yang disifatkan sebagai album pop paling popular pada tahun 1982-83. Ia diterbitkan oleh Ben Suprianto dan menyaksikan Rahim popular dengan lagu "Lizawati" yang berentak dangdut. Album ini meluncurkan empat buah single lagi selain "Lizawati" iaitu lagu "Cinta Pertama", "Tetap Menanti", "Pura-pura Malu" dan "Mungkihkah Kembali". Album ini juga menyaksikan kerjasama Rahim bersama penyanyi popular era tersebut Elaine Kang menyumbangkan dua buah lagu.
Tetap Menanti | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1982 | |||
Dirakamkan pada | 1982 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop Blues Dangdut | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Life Records (Hup Hup Music) | |||
Penerbit | Ben Teoh Suprianto | |||
Kronologi Rahim Maarof | ||||
| ||||
Single daripada Tetap Menanti | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai Runut
suntingMuka Satu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Komposer | Masa | |||||||
1. | "Aku Penghibur" | Ben Suprianto | ||||||||
2. | "Tetap Menanti" | Ben Suprianto | ||||||||
3. | "Pura Pura Malu" | Ben Suprianto | ||||||||
4. | "Mama Jangan Menangis" | Elaine Kang | ||||||||
5. | "Lama Ku Tunggu" | Mahzan Manan | ||||||||
Muka Dua | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Komposer | Masa | |||||||
1. | "Cinta Pertama" | B. Ayim | ||||||||
2. | "Mana Janji" | Ben Suprianto | ||||||||
3. | "Mungkinkah Kembali" | Mahzan Manan | ||||||||
4. | "Lizawati" | Rahim Maarof / Osman Ghani | ||||||||
5. | "Semalam" | Elaine Kang | ||||||||
Penerimaan
suntingAlbum ini terjual sebanyak 70,000 unit. Lagu "Lizawati" pernah dirakam beberapa kali oleh penyanyi lain termasuk sebuah rakaman semula dengan susunan muzik baharu oleh Rahim pada 1998 di dalam album Generasi. Biarpun mendapat sambutan, tetapi genre muzik yang dipersembahkan dalam album ini bukanlah pilihan peribadi Rahim, beliau berminat dengan muzik rock tetapi masa ketika itu tidak mengizinkan irama tersebut memasuki pasaran arus perdana.