The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D

The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D (Jepun: ゼルダの伝説 時のオカリナ 3D, Hepburn: Zeruda no Densetsu: Toki no Okarina 3D) ialah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan bersama oleh Grezzo dan Nintendo untuk konsol permainan pegangan tangan Nintendo 3DS.[1] Permainan ini dikeluarkan pada 16 Jun 2011 di Jepun, 17 Jun 2011 di Eropah, 19 Jun 2011 di Amerika Utara dan 30 Jun 2011 di Australia; namun, ia dikeluarkan lebih awal pada 24 Jun 2011 di sesetengah kedai.[7] Permainan ini mengandungi versi terkemas kini The Legend of Zelda: Ocarina of Time dan versi tercermin kurungan-kurungan (dungeons) disusun semula daripada versi Master Quest permainan itu, beserta dengan grafik terkemas kini dan tambahan kesan 3D. Pembuatan semula ini disanjung tinggi oleh pengkritik dan menerima markah-markah penuh daripada lebih 20 terbitan, serta sesetengah menggelarnya salah satu pembuatan semula yang terbaik sepanjang masa. Ia juga merupakan kejayaan komersial dengan menjadi permainan 3DS pertama yang mencapai takat satu juta jualan. Permainan ini ialah permainan Nintendo 3DS kesembilan paling laris dijual, dengan 3.36 juta unit dijual.

The Legend of Zelda:
Ocarina of Time 3D
Fail:The Legend of Zelda Ocarina of Time 3D box art.png
Gambar kulit pembungkusan Amerika Utara dan Australia
PembangunNintendo EAD, Tokyo[1]
Grezzo[1]
PenerbitNintendo
PengarahShun Moriya
Mikiharu Ooiwa
Hiroyuki Kuwata
PengeluarEiji Aonuma
Takao Shimizu
Koichi Ishii
KomposerKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PlatformNintendo 3DS
PelepasanJP 2011061616 Jun 2011

EU 17 Jun 2011[2]
NA 2011061919 Jun 2011
AU 30 Jun 2011[3]
ROK 2012092727 September 2012
ROC 27 Oktober 2012
Nintendo eShop
PAL 4 Oktober 2012[4]
NA 18 Oktober 2012[5]

JP 1 November 2012[6]
GenreAksi-pengembaraan
ModPemain tunggal

Nintendo mengeluarkan permainan ini, bersama-sama beberapa permainan mereka yang telah diterbitkan lebih awal untuk Nintendo 3DS, sebagai tajuk boleh dimuat turun melalui Nintendo eShop. Versi boleh muat turun dikeluarkan di rantau PAL pada 4 Oktober 2012,[4] 18 Oktober 2012 di Amerika Utara,[5] dan 1 November 2012 di Jepun.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Kaluszka, Aaron (11 April 2011). "The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D Impressions". Nintendo World Report. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-12. Dicapai pada 12 Mei 2011.
  2. ^ "Legend of Zelda: Ocarina of Time 3DS UK release date announced". 4 Disember 2011. Dicapai pada 04/12/2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ "Legend of Zelda: Ocarina of Time 3DS AUS release date announced". 23 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-30. Dicapai pada 23 Mei 2011.
  4. ^ a b Jackson, Mike (4 Oktober 2012). "Nintendo launches early 3DS games on EU eShop today". ComputersandVideoGames.com. Dicapai pada 15 Oktober 2012.
  5. ^ a b Goldfarb, Andrew (4 Oktober 2012). "Mario Kart 7, Zelda, Mario 3D Land, Star Fox 3D on 3DS eShop". IGN. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  6. ^ a b McFerran, Damien (3 Oktober 2012). "More 3DS Download Titles Coming To Japan's eShop". Nintendo Life. Dicapai pada 4 Oktober 2012.
  7. ^ Serrels, Mark (23 Jun 2011). "EB Selling Ocarina Of Time Tomorrow, But Do They Have Nintendo's Permission?". Kotaku.