Thor, Oku-Thor, Þórr (ON), Þunor (OE), Donar atau Donner (Jerman) adalah dewa guruh berambut merah dan berjanggut mitos Norse dan lebih umumnya dalam mitos Jerman. Dia merupakan anak kepada Odin dan Jord. Sungguhpun Odin merupakan dewa kekuatan dan bangsawan, Thor merupakan dewa orang-orang biasa. Semasa Ragnarök, Thor akan membunuh dan dibunuh oleh Jörmungandr. Dia tinggal di dewan Bilskirnir di Thrudheim.

Thor membawa tukulnya dan mengenakan tali pinggang kuasa dalam gambaran daripada manuskrip abad ke-18 Iceland.

Perwatakan Thor sunting

Thor digambarkan dengan jelas dalam Prose Edda tentang Snorri Sturluson, di mana banyak pertelingkahan Thor dengan puak gergasi merupakan sumber plot utama. Sebagaimana digambarkan oleh Snorri, Thor adalah dewa yang lurus, tidak semestinya terpintar tau paling bijaksana; sebagai contoh, dia diperbodohkan sepenuhnya oleh Utgardaloki yang penuh misteri dengan sihirnya. Bagaimanapun dalam Codex Regius, sumber utama Poetic Edda, Thor memperbodohkan dwarf, Alvíss, dalam Alvíssmál.

Keluarga Thor sunting

Thor merupakan anak lelaki Odin dan Jord (Bumi). Isterinya dikenali sebagai Sif, dan hanya sedikit diketahui mengenai isterinya kecuali dia mempunyai rambut perang keemasan, yang dihasilkan oleh dwarf selepas Loki memotong rambutnya. Dengan Jarnsaxa, Thor mempunyai anak lelaki Magni dan dengan Sif dia mempunyai anak Thrud dan Modi. Dia juga mempunyai anak tiri dikenali sebagai Ullr yang merupakan anak lelaki Sif.