Timbuktu

bandar di Mali

Timbuktu (Bahasa Perancis: Tombouctou; Koyra Chiini: Tumbutu) ialah suatu kota terletak jauh 20 km (12 bt) utara dari sungai Niger di Mali. Ia berpendudukan sebanyak 54,453 orang setakat sensus 2009.

Timbuktu

Tinbuktu / Tombouctou

Timbuctoo
City
Transkripsi  
 • Koyra Chiini:Tumbutu
Pemandangan kota dari puncak Masjid Sankore
Pemandangan kota
dari puncak Masjid Sankore
Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Peta lokasi/data/Mali' not found.
Koordinat: 16°46′33″N 3°00′34″W / 16.77583°N 3.00944°W / 16.77583; -3.00944Koordinat: 16°46′33″N 3°00′34″W / 16.77583°N 3.00944°W / 16.77583; -3.00944
NegaraMali
KawasanKawasan Tombouctou
CercleTimbuktu Cercle
Settledkurun ke-5 SM
Kerajaan
 • Datuk bandarHallé Ousmane
Ketinggian
261 m (856 ft)
Populasi
 (2009)[1]
 • Jumlah54,453
IklimBWh
Timbuktu
Nama asliTombouctou, تمبكتو
TermasuklahDjinguereber Mosque Edit this on Wikidata
KriteriaCultural: ii, iv, v[2]
Rujukan119
Inskripsi1988 (sesi ke-12)
Dalam bahaya1990–2005; 2012–kini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia dijadikan petempatan tetap seawal abad ke-12 di mana ia makmur hasil perdagangan garam, gading, hamba abdi dan emas. Ia menjadi sebahagian daripada Empayar Mali seawal kurun ke-14 namun ditawan puak-puak Tuareg pada awal kurun ke-15, ia diserap dalam Empayar Songhai sekitar tahun 1468. Ia ditawan tentera Saadi dalam pertempuran Tondibi tahun 1591; Timbuktu dijadikan kota utama dinasti tersebut. Sejak itu, kota ini semakin lama semakin hilang kepentingannya.

Kota ini pernah menjadi tumpuan para ilmuwan Islam serata Afrika dengan adanya madrasah Sankore yang merupakan pusat pengajian utama serantau benua tersebut. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO tahun 1988[3] hasil penilaian kepentingan sejarah kawasan ini serta binaan-binaan masjidnya kepada perkembangan Islam di Afrika.[4]

PenamaanSunting

Nama kota ini dipercayai daripada bahasa Tuareg di mana Tin atau TIm bermaksud "telaga" sementara Buktu merupakan nama pengasas kota ini, seorang wanita bangsa Tuareg dari Essouk (kini di Mali).[5]

Seorang sejarawan Timbuktu sendiri bernama Abderrahmane Es Saâdi mengusulkan ia datang daripada istilah bahasa Songhai Tunbutu yang bermaksud lekukan antara bukit pasir (dépression entre les dunes) - pencatatan istilah ini dirakam dalam penerokaan dilakukan Heinrich Barth pada abad ke-19.[5]

GeografiSunting

Iklim dan suhuSunting

Timbuktu beriklim gurun (BWh) menurut pengelasan iklim Köppen. Cuaca persekitaran bandar pada umumnya panas dan kering di mana hujan paling banyak turun antara bulan-bulan Jun dan September hasil kawasan pertembungan antaratropik (Intertropical Convergence Zone, ITCZ). Suhu paling maksimum pada bulan-bulan April, Mei dan Jun melebihi 40 °C, bulan-bulan paling sejuk pula pada Disember, Januari dan Februari di mana suhu menurun tidak kurang dari 30 °C; musim paling sejuk ini pula mendatangkan tiupan angin pasat dari kawasan Tibesti gurun Sahara yang membawa habuk dan pasir terkumpul menyebabkan penggurunan.[6]

Data iklim untuk Timbuktu (1950–2000, extremes 1897–present)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 41.6
(106.9)
43.5
(110.3)
46.1
(115)
48.9
(120)
49.0
(120.2)
49.0
(120.2)
46.0
(114.8)
46.5
(115.7)
45.0
(113)
48.0
(118.4)
42.5
(108.5)
40.0
(104)
49.0
(120.2)
Purata tinggi °C (°F) 30.0
(86)
33.2
(91.8)
36.6
(97.9)
40.0
(104)
42.2
(108)
41.6
(106.9)
38.5
(101.3)
36.5
(97.7)
38.3
(100.9)
39.1
(102.4)
35.2
(95.4)
30.4
(86.7)
36.8
(98.2)
Min harian °C (°F) 21.5
(70.7)
24.2
(75.6)
27.6
(81.7)
31.3
(88.3)
34.1
(93.4)
34.5
(94.1)
32.2
(90)
30.7
(87.3)
31.6
(88.9)
30.9
(87.6)
26.5
(79.7)
22.0
(71.6)
28.9
(84)
Purata rendah °C (°F) 13.0
(55.4)
15.2
(59.4)
18.5
(65.3)
22.5
(72.5)
26.0
(78.8)
27.3
(81.1)
25.8
(78.4)
24.8
(76.6)
24.8
(76.6)
22.7
(72.9)
17.7
(63.9)
13.5
(56.3)
21.0
(69.8)
Rekod terendah °C (°F) 1.7
(35.1)
7.5
(45.5)
7.0
(44.6)
8.0
(46.4)
18.5
(65.3)
17.4
(63.3)
18.0
(64.4)
20.0
(68)
18.9
(66)
13.0
(55.4)
11.0
(51.8)
3.5
(38.3)
1.7
(35.1)
Curahan hujan mm (inci) 0.6
(0.024)
0.1
(0.004)
0.1
(0.004)
1.0
(0.039)
4.0
(0.157)
16.4
(0.646)
53.5
(2.106)
73.6
(2.898)
29.4
(1.157)
3.8
(0.15)
0.1
(0.004)
0.2
(0.008)
182.8
(7.197)
Purata hari hujan (≥ 0.1 mm) 0.1 0.1 0.1 0.6 0.9 3.2 6.6 8.1 4.7 0.8 0.0 0.1 25.3
Jam cahaya matahari 263.9 249.6 269.9 254.6 275.3 234.7 248.6 255.3 248.9 273.0 274.0 258.7 3,106.5
Sumber #1: World Meteorological Organization,[7] NOAA (sun 1961–1990)[8]
Sumber #2: Meteo Climat (record highs and lows)[9]

InfrastrukturSunting

PengangkutanSunting

Bandar ini boleh dicapai melalui jalan raya, kapal mahupun pesawat.[10] Sungai Niger yang terdekat boleh diseberangi feri dan perahu khas (pinass) apabila sungai tersebut sarat penuh[11][12][13] ke pelabuhan Korioumé 12 kilometer dari selatan, namun jalan-jalan berhampiran ia kurang berturap dan tidak begitu dihubungan dengan rangkaian jalan raya utama Mali. Lapangan Terbang Timbuktu menghubungkan kota tersebut dengan bandar-bandar Bamako, Gao dan Mopti yang berdekatan.[13]

Kota-kota kembarSunting

Kota ini dikembarkan dengan bandar-bandar berikut:[14]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Resultats Provisoires RGPH 2009 (Région de Tombouctou) (PDF), République de Mali: Institut National de la Statistique
  2. ^ http://whc.unesco.org/en/list/119.
  3. ^ "Report of the World Heritage Committee Twelfth Session", Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage, Brasilia: UNESCO, 1988
  4. ^ ICOMOS (14 May 1979). "Advisory Body Evaluation of Timbuktu Nomination" (PDF). UNESCO. Dicapai pada 22 February 2011.
  5. ^ a b Mataillet, Dominique (15 Oktober 2006). "D'où vient le nom de Tombouctou ?". Jeune Afrique (dalam bahasa Perancis).
  6. ^ Benjaminsen, Tor A; Berge, Gunnvor (2004). "Myths of Timbuktu: From African El Dorado to Desertification". International Journal of Political Economy. 34 (1): 31–59. doi:10.1080/08911916.2004.11042915. Dicapai pada 14 September 2010.
  7. ^ "World Weather Information Service – Tombouctou (1950–2000)". World Meteorological Organization. Dicapai pada 14 February 2011.
  8. ^ "Tomb (Tombouctou) Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 12 October 2015.
  9. ^ "Station Tombouctou" (dalam bahasa French). Meteo Climat. Dicapai pada 10 June 2016.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ Rosberg, Carl Gustav (1964), Political Parties and National Integration in Tropical Africa, Berkeley, CA: University of California Press, m/s. 222, ISBN 9780520002531
  11. ^ Développement régional: le fleuve est de rétour à Tombouctou, Présidence de la République du Mali, 3 Disember 2007, diarkib daripada yang asal pada 1 Oktober 2011, dicapai pada 19 Mac 2011
  12. ^ Lancement des travaux du Canal de Tombouctou : la mamelle nourricière redonne vie et espoir à la 'Cité mystérieuse', Afribone, 14 August 2006
  13. ^ a b Pitcher, Gemma (2007). Africa. Melbourne: Lonely Planet Guides. halaman 403–418. ISBN 9781741044829. timbuktu lonely planet.
  14. ^ "Timbuktu 'twins' make first visit". BBC News. 24 October 2007. Dicapai pada 24 May 2010.

Pautan luarSunting