Tocang atau ekor kuda adalah penggayaan rambut yang ditarik dari muka dan diikat di belakang kepala dengan suatu sematan rapi seakan ekor kuda yang memberi namanya - "tocang" serapan bahasa Min Selatan thâu-chang, pinyin tóuzōng "bulu kuda [di] kepala".

Seorang perempuan bertocang

SejarahSunting

Gaya ini dapat ditelusuri kembali ke Yunani Kuno, dari gambaran lukisan wanita berambut sedemikian pada artifak dan karya seni zaman itu seperti lukisan dinding ditemui di Cretas, Sepanyol bertarikh 2000-1500 SM[1] dipercayai menyebar kepada masyarakat-masyarakat lain, seperti tamadun-tamadun Mesir dan Rom.[1]

Ia pernah dipakaikan dalam kalangan lelaki di Eropah pada abad ke-18.[2]

Ia pernah lazim dalam kalangan lelaki masyarakat Manchu kawasan Manchuria. Apabila orang Manchu menubuhkan dinasti kerajaan sendiri di China melalui dinasti Qing, para rakyat jelata dititahkan memakai tocang memanjang ke paras pinggang sebagai tanda taat setia[3] atau dihukum pancung.[4] Para bhiksu dikecualikan dari perintah ini, banyak orang Han yang berlindung di biara-biara mengelakkan daripada perintah yang dianggap melanggar kelaziman mereka menggayakan rambut mereka sekehendak merekar.[4] Perintah ini termansuh tahun 1910[5] tidak lama sebelum Revolusi Xinhai menggulingkan dinasti ini tahun 1911-1912.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b Sherrow, V., (2019). "Encyclopedia Of Hair: a Cultural History." Santa Barbara: Greenwood Publishing Group.
  2. ^ Sherrow, Victoria (2006). "Encyclopedia of Hair: A Cultural History". Greenwood Publishing Group. m/s. 310.
  3. ^ a b Szczepanski, K. (2019, May 9). "Why Did Chinese Men Wear a Single Long Braid?"
  4. ^ a b Chin, S., & Fogel, J. A. (2015). "The Taiping rebellion." London: Routledge.
  5. ^ Godley, M. R. (1994). "The end of the Queue: Hair as symbol in Chinese History." East Asian History, 8, 53–72.