Trufel

(Dilencongkan dari Truffle)

Trufel (bahasa Inggeris: truffle) ialah sporokarpa bagi banyak spesies kulat askus genus Tuber yang tumbuh di bawah tanah. Banyak jenis kulat lain diklasifikasikan sebagai trufel termasuk Geopora, Peziza, Choiromyces, Leucangium dan lebih dari seratus genus yang lain;[1] genus-genus ini tergolong dalam kelas Pezizomycetes dan ordo Pezizales. Kulat ini tumbuh rapat dengan akar pokok perumah dan sporanya disebarkan melalui haiwan-haiwan yang memakannya.[2]

Sebiji trufel hitam ( Tuber melanosporum )

Kulat ini mempunyai peranan ekologi yang penting dalam kitaran nutrien dan daya tahan kemarau. Ia juga bermanfaat kepada manusia sebagai suatu bahan makanan yang mengeluarkan perisa dalam masakan tertentu yang mampu mencapai harga mahal.

Ekologi sunting

Miselium truffel membentuk hubungan simbiotik dengan beberapa spesies pokok melalui penempelan termasuk pada akar pokok bic, birch, hazel, hornbeam, oak, pain, dan poplar.[3] Kulat ektomikorizom mutualistik seperti trufel memberikan nutrien berharga kepada tumbuhan sebagai ganti karbohidrat,[4] bahkan kulat jenis ini tidak mempunyai keupayaan untuk bertahan hidup di dalam tanah tanpa perumah seperti trufel.[5]

Spesies trufel tertentu seperti Tuber lebih suka tanah neutral atau alkali bersaliran baik dengan kandungan tanah liat atau kapur yang secukupnya.[6][7][8] "Buah-buah" kulat ini boleh tumbuh sepanjang tahun bergantung kepada spesies dan dapat ditemukan tertanam dalam tanah atau timbunan daun mati; bahkan sebilangan besar biojisim kulat terdapat pada lapisan humus tanah.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Læssøe, Thomas; Hansen, Karen (September 2007). "Truffle trouble: what happened to the Tuberales?". Mycological Research. 111 (9): 1075–1099. doi:10.1016/j.mycres.2007.08.004. ISSN 0953-7562. PMID 18022534.
  2. ^ Lepp, Heino. "Spore release and dispersal". Australian National Botanic Gardens. Dicapai pada 5 Disember 2016.
  3. ^ "Non-cultivated Edible Fleshy Fungi". Dicapai pada 2008-05-17. ...it has been known for more than a century that truffles were mycorrhizal on various trees such as oak, beech, birch, hazels, and a few others
  4. ^ Allen, M.F.; Swenson, W.; Querejeta, J.I.; Egerton-Warburton, L.M.; Treseder, K.K. (2003). "Ecology of ycorrhizae: A conceptual framework for complex interactions among plants and fungi". Annual Review of Phytopathology. 41 (1): 271–303. doi:10.1146/annurev.phyto.41.052002.095518. ISSN 0066-4286. PMID 12730396.
  5. ^ Kohler, Annegre (2015). "Convergent losses of decay mechanisms and rapid turnover of symbiosis genes in mycorrhizal mutualists". Nature Genetics. Nature Genetics: Lawrence Berkeley National Laboratory, United States Department of Energy. 47 (4): 410–5. doi:10.1038/ng.3223. OCLC 946824824. PMID 25706625.
  6. ^ Jaillard, B; Barry-Etienne, D; Colinas, C; de Miguel, AM; Genola, L; Libre, A; Oliach, D; Saenz, W; Saez, M (2014). "Alkalinity and structure of soils determine the truffle production in the Pyrenean Regions" (PDF). Forest Systems. 23 (2): 364–377. doi:10.5424/fs/2014232-04933.
  7. ^ Hansen, Karen (2006). "Basidiomycota truffles: Cup fungi go underground" (PDF). Newsletter of the FRIENDS of the FARLOW. Harvard University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-11-21. Dicapai pada 2008-05-17. Generally, truffles seems to prefer warm, fairly dry climates and calcareous soils
  8. ^ Chevalier, Gérard; Sourzat, Pierre (2012), "Soils and Techniques for Cultivating Tuber melanosporum and Tuber aestivum in Europe", Soil Biology, Springer Berlin Heidelberg: 163–189, doi:10.1007/978-3-642-33823-6_10, ISBN 9783642338229
  9. ^ Griffiths, Robert P.; Caldwell, Bruce A.; Cromack Jr., Kermit; Morita, Richard Y. (February 1990). "Douglas-fir forest soils colonized by ectomycorrhizal mats. I. Seasonal variation in nitrogen chemistry and nitrogen cycle transformation rates". Canadian Journal of Forest Research. 20 (2): 211–218. doi:10.1139/x90-030. ISSN 0045-5067.