UiTM Cawangan Kedah

UiTM Cawangan Kedah ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Kedah, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas sebuah kampus UiTM di Kedah iaitu Sungai Petani.

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Kedah
JenisAwam
Ditubuhkan pada1997 (1997) (Sungai Petani)
CanselorSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Naib CanselorProfesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
RektorProfesor Dr Roshima Said
Lokasi,
Kampus
  • Sungai Petani
Laman sesawangkedah.uitm.edu.my

Penubuhan sunting

UiTM Kedah telah dirasmikan pada 1 Oktober 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan. Ia memulakan operasi pertama pada November 1997 dengan 162 pelajar dan 25 kakitangan pentadbiran.

Lokasi sunting

Kampus ini merentasi kawasan seluas 350 ekar di Mukim Bujang (antara Semeling dan Merbok), yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Sungai Petani dan dibangunkan berdasarkan kelulusan Rancangan Belanjawan Malaysia ke-6 dengan jumlah RM38.4 juta

Pembelajaran sunting

Kursus ditawarkan sunting

Kampus itu bermula pada November 1997 dengan 4 program pada peringkat Diploma:

  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Pengajian Perbankan

Hari ini, UiTM Kedah menawarkan kursus Diploma dan Ijazah dalam 7 fakulti

  • Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Dasar
  • Fakulti Perakaunan
  • Fakulti Seni dan Reka Bentuk
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan
  • Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Fakulti undang-undang

Rujukan sunting