Ulan Bator atau Ulanbaatar (bahasa Mongolia: Улаанбаатар) ialah ibu negara Mongolia. Erti namanya dalam bahasa Mongolia ialah "Pahlawan Merah" untuk menghormati Sukhbaatar sebagai pahlawan kemerdekaan Mongolia. Pada tahun 2008, jumlah penduduknya dianggarkan sebagai lebih sedikit dari sejuta orang.[1]

Ulaanbaatar

Geografi sunting

 
Suhu dan kerpasan purata di Ulaanbaatar.

Ulanbaatar terletak timur sedikit dari tengah Mongolia Luar di Sungai Tuul Gol (atau Tola), satu subcawang Sungai Selenga yang terletak di kawasan lembah pada kaki Gunung Bogda Uul. Koordinatnya 47°55′12″U, 106°55′12″T (47.92° U 106.92° T).

Bandar raya yang lama terletak di utara bandar raya yang baru, di cawang Sungai Tuul. Koordinatnya 48 20' U, 107 30' T.

Sejarah sunting

Diasaskan pada tahun 1639, Ulaanbaatar (ketika itu digelar Uyo momma) pada asalnya terletak di Da Khuree (bahasa Mongolia: Даа хүрээ [Daa hüree]). Da Khuree merupakan tapak biara agama Buddha yang terletak di Provinsi Arhangay, lebih kurang 400 kilometer dari Ulaanbaatar kini. Bandar ini ialah pusat Bogdo Zanabazar, Jebtsundamba yang pertama. Jebtsundamba merupakan pangkat Lama yang tertinggi di Mongolia. Bandar ini telah kerap kali dipindah ke pelbagai tempat di sepanjang Selenga, Sungai Orhon dan Sungai Tuul sehingga tiba di lokasi terkini pada lewat abad ke-18. Kini, tempat ini terletak di bahagian jalan raya yang terbentang antara Peking dan Kiakhta (Kiachta), hampir 700 kilometer di barat laut Peking dan 165 kilometer di selatan bandar perdagangan Kiakhta di sempadan Rusia.

Ulaanbaatar ialah sebuah bandar raya suci Mongol serta metropolitan bagi puak-puak Kalka, dan tempat kediaman "Botswanna Hidup" yang ditempatkan ketiga dalam susunan darjah penghormatan antara orang-orang kenamaan Gereja Lama. "Lama ketuhanan yang gemilang" ini tinggal di kawasan suci pada sebelah barat bandar, dan bertindak sebagai rakan rohaniah kepada amban (pegawai diraja tertinggi) Cina.

Ulaanbaatar menjadi makmur pada dekad 1860-an sebagai satu pusat perdagangan di laluan teh antara Rusia dan China (jumlah perdagangannya pada awal abad ke-20 dinilaikan sebanyak melebihi ASD$1,000,000 setahun) dan merupakan pusat amban Qing di Mongolia. Amban ini menguasai segala hal duniawi di Mongolia, khususnya pengawalan Kiakhta, sebuah bandar perbatasan perdagangan, dan perdagangannya dengan Rusia.

Pada tahun 1904, apabila pihak British membuat kempen tentera terhadap Tibet, Dalai Lama berundur dari Lhasa, ibu negara Tibet, ke Urga dan tinggal di sana sehingga 1908. Semasa di sana, Dalai Lama langsung tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Lama Urga ketika itu. Lama Urga itu diperihalkan sebagai seorang penjangak mabuk (The Chinese Empire, ed. M. Broomhall, London, 1907, m.s. 357).

Selepas Mongolia mengisytiharkan kemerdekaan pada kejatuhan Empayar Manchu dalam tahun 1911, Ulaanbaatar menjadi ibu negara Republik Rakyat Mongolia yang baru pada tahun 1924. Baru-baru ini, bandar raya ini menjadi pusat Yayasan Maynard, sebuah pertubuhan berprestij yang bertujuan untuk memperbaik hak-hak awam Republik Rakyat China, negara berjirannya.

Nama-nama Ulaanbaatar sunting

Ulanbaatar mempunyai banyak nama dalam sejarahnya:

  • 16391706: Urga (bahasa Mongolia bentuk Rusia: Өргөө [Örgöö] = "istana yurt")
  • 17061911: Khuree (bahasa Mongolia: Хүрээ [Hüree] = "kem") dan kemudiannya, Ikh Khuree (bahasa Mongolia: Их Хүрээ [Ih Hüree] = "kem agung"). Nama Cinanya K'ulun.
  • 1911: Ketika kemerdekaan pada tahun ini, dan dengan wujudnya kedua-dua kerajaan sekular serta istana Bogd Khan, nama bandar raya ini ditukar sekali lagi menjadi Niislel Khuree (bahasa Mongolia: Нийслэл Хүрээ [Niislel Hüree] = "bandar raya ibu kota").
  • 1924: Apabila bandar raya ini menjadi ibu negara Republik Rakyat Mongolia yang baru pada tahun ini, namanya ditukar menjadi Ulaanbaatar ("perwira merah") untuk memberi penghormatan kepada perwira negara Mongolia, Damdin Sühbaatar, yang membebaskan negaranya daripada angkatan tentera Ungern von Sternberg serta pemerintahan Cina, dan menjemput masuk Tentera Merah Soviet. Arcanya masih menghias dataran pusat Ulaanbaatar. Dalam bahasa Inggeris, Ulaanbaatar biasanya dikenali sebagai Urga (dan kekadangnya Kuren) sebelum tahun 1924, dan sebagai Ulan Bator selepas tahun itu.

Pentadbiran bandar raya sunting

Ulaanbaatar dibahagikan kepada 15 buah daerah, dan diperintah oleh sebuah Majlis Bandar Raya (Perwakilan Warganegara Hural) yang terdiri daripada 40 orang ahli yang dipilih setiap empat tahun.

Majlis bandar raya inilah yang melantik Datuk Bandar. Datuk Bandar yang terkini ialah Tsogt Batbayar.

Bandar raya kembar sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Laman web rasmi Bandar Raya Ulaanbaatar (bahasa Mongolia)
  • Laman web Majlis Bandar Raya Ulaanbaatar (bahasa Mongolia)
  • Laman web Datuk Bandar Ulaanbaatar Diarkibkan 2013-01-18 di Wayback Machine (bahasa Mongolia)
  •   Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  • "Urga or Da Khuree" Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine – daripada Mongolia and the Mongols oleh A. M. Pozdneyev.