Universiti Teknologi Beijing

Universiti Teknologi Beijing (UTB) (Cina ringkas: 北京工业大学Cina tradisional: 北京工業大學pinyin: Běijīng Gōngyè Dàxué) sering juga disebut Universiti Politeknik Beijing atau Bei Gong Da (北工大), dikenali sebagai salah satu universiti Projek 211. Universiti ini memiliki fakulti multidisiplin ilmu pengetahuan dan menawarkan pelbagai program serta aktif terlibat dalam banyak penyelidikan di bidang Sains, Teknologi, Ekonomi, Pengurusan, Budaya dan Undang-undang. UTB juga termasuk kategori universiti kelas utama ganda dengan status kelas utama ganda dalam disiplin ilmu tertentu.[2]

Universiti Teknologi Beijing
(北京工业大学)
Moto不息为体 日新为道[1]
(Terus maju, terus berinovasi setiap hari)
JenisUniversiti negeri
Ditubuhkan pada15 Oktober 1960
PresidenLiu GongHui
Pelajar20.000
Siswazah12.000
Ijazah/Sarjana8.000
Lokasi,
39°52′33″N 116°28′55″E / 39.87591°N 116.48207°E / 39.87591; 116.48207Koordinat: 39°52′33″N 116°28′55″E / 39.87591°N 116.48207°E / 39.87591; 116.48207
KampusLuar bandar
WarnaBiru     
PenggabunganNAHLU
Laman sesawanghttp://www.bjut.edu.cn/
Universiti Teknologi Beijing.
Lapangan Auditorium.

Sejarah sunting

UTB ditubuhkan tahun 1960 bermula dengan membuka lima jabatan teknologi. Kumpulan mahasiswa pertama merupakan pecahan dari Institut Teknologi Beijing dan Universiti Normal Beijing.

1981: UTB membentuk program pascasarjana dan pada 1985 mulai memberikan ijazah Doktor dengan piawaian antarabangsa.

1990: Beijing Tech memperoleh Sekolah Tinggi Sains Ekonomi dan Pengurusan dari Universiti Kesatuan Beijing.

1993: Institut Komputer Beijing menjadi Sekolah Tinggi Sains Komputer yang merupakan bahagian dari UTB. Beijing Tech kemudian membentuk Perguruan Tinggi Eksperimental bekerja sama dengan perniagaan tempatan yang kemudian menjadi perguruan tinggi bebas.

Selama beberapa dekad, sains sosial memainkan perana penting di UTB. Terutama prestasi fakulti di bidang Ekonomi, Undang-undang dan sains sosial lainnya menunjukkan bahwa UTB telah diubah menjadi universiti yang komprehensif secara de facto dengan pelbagai perguruan tinggi secara menyeluruh. Prestasi terbanyak berfokus dalam bidang penyelidikan dan pendidikan teknologi.

 
Kampus teknologi peranti mudah alih.
 
Jabatan pertukaran mahasiswa antarabangsq.

Rujukan sunting

  1. ^ "学校简介". Beijing University of Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2014. Dicapai pada June 24, 2014.
  2. ^ "教育部 财政部 国家发展改革委 关于公布世界一流大学和一流学科建设高校及建设 学科名单的通知 (Notice from the Ministry of Education and other national governmental departments announcing the list of double first class universities and disciplines)".