Vespertine ialah album studio penyanyi yang berasal dari Iceland, Björk yang keempat. Kulit album ini menunjukkan Björk memakai sebuah pakaian menyerupai angsa putih, yang direka oleh Marjan Pejoski. Björk telah memakai pakaian ini ke Majlis Anugerah Akademi 2000, menyebabkan 'huru-hara' bagi pengkritik serta dunia fesyen.

Vespertine
Album studio oleh
Dilancarkan pada27 Ogos 2001
Dirakamkan pada2000 - 2001
GenreElektronika
Ambient
Alternatif
Panjang55:33
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatOne Little Indian
PenerbitBjörk
Thomas Knak
Martin Console
Marius de Vries
Ulasan profesional
Kronologi Björk
Selmasongs: Music from the Motion Picture Soundtrack Dancer in the Dark
(2000)
Vespertine
(2001)
Greatest Hits
(2002)
Kulit lain
Keluaran promosi
Keluaran promosi
Set kotak Vespertine
Set kotak Vespertine
Single daripada Vespertine
  1. "Hidden Place"
    Dikeluarkan: 6 Ogos 2001
  2. "Pagan Poetry"
    Dikeluarkan: 5 November 2001
  3. "Cocoon"
    Dikeluarkan: Mac 2002
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai lagu sunting

  1. "Hidden Place" - 5:31
  2. "Cocoon" - 4:30
  3. "It's Not Up To You" - 5:10
  4. "Undo" - 5:40
  5. "Pagan Poetry" - 5:16
  6. "Frosti" - 1:43
  7. "Aurora" - 4:39
  8. "An Echo, A Stain" - 4:06
  9. "Sun In My Mouth" - 2:42
  10. "Heirloom" - 5:14
  11. "Harm Of Will" - 4:38
  12. "Unison" - 6:47
  13. "Generous Palmstroke" (Lagu bonus edisi Jepun) - 4:24

Keterangan album sunting

  • Pelbagai sampel dari barangan harian telah digunakan bagi mencipta rentak untuk beberapa buah lagu dalam album ini:
    • Bunyi kocokan kad digunakan dalam lagu "Hidden Place" serta "Cocoon".
    • Bunyi berjalan atas salji dalam "Frosti".
    • Bunyi air batu dipecahkan dalam lagu "Aurora".
  • Album ini merupakan album Björk yang terpanjang (selain daripada Greatest Hits).
  • Tiga single dikeluarkan daripada album ini, iaitu "Hidden Place", "Pagan Poetry", dan "Cocoon". Single keempat, "It's Not Up To You" tidak jadi dikeluarkan.
  • Lirik bagi lagu "An Echo, A Stain" diambil daripada pementasan Sarah Kane bertajuk Crave.
  • Lagu "Unison" menggunakan sampel Koir Katedral St. Paul menyanyi sebahagian daripada lagu Viri Galilaei yang dirakam pada 1994 oleh Patrick Gowers.
  • Album ini pada mulanya diberi tajuk Domestika, namun ditukar kepada Vespertine. Sebuah lagu yang bertajuk Domestica telah dirakam (yang pada mulanya diberi tajuk Lost Keys). Lagu ini telah dimuatkan sebagai B-side dalam single "Pagan Poetry".
  • Versi awal album ini pernah bocor di internet, dengan beberapa perbezaan:
    • Urutan lagu-lagu yang berbeza.
    • Lagu "It's In Our Hands" pada mulanya dimuatkan di dalamnya. Namun, lagu ini ditukar dengan lagu "Frosti" pada versi akhir. "It's In Our Hands" seterusnya ditampilkan dalam album Greatest Hits dan dikeluarkan sebagai single.
    • Sesetengah lagu mempunyai tajuk yang berlainan, contohnya:
      • "Pagan Poetry" menjadi "Blueprint"
      • "Cocoon" menjadi "Mouth"
  • Nama album ini, yakni 'Vespertine', merupakan sebuah perkataan yang digunakan dalam bidang zoologi dan botani. Perkataan ini merujuk kepada keaktifan haiwan ataupun tumbuhan tertentu menjelang waktu malam[1].

Kejayaan dalam carta sunting

Negara Kedudukan puncak Perakuan Jualan
Australia 9
Austria 5
Sepanyol 1
Kanada 2 Emas 50,000+[2]
Finland 3
Perancis 1 Platinum 222,000+
Itali 2
New Zealand 32
Norway 1
Poland 6
Sweden 7 Emas 30,000+
Switzerland 3
U.K. 8 Perak 60,000+
Amerika Syarikat 19 414,000+

Kakitangan sunting

  • Björk - penerbitan, pengaturcaraan, pengaturcaraan rentak, bes, penggubahan alat tali, penggubahan koir, penggubahan hap, penggubahan kotak muzik, penyuntingan suara
  • Valgeir Sigurðsson - pengaturcaraan, pengaturcaraan rentak, ProTools, kejuruteraan
  • Martin "Console" Gretschmann - penerbitan, pengaturcaraan
  • Jake Davies - pengaturcaraan, ProTools, kejuruteraan
  • Matthew Herbert - pengaturcaraan
  • Leigh Jamieson - ProTools
  • Thomas Knak - penerbitan, pengaturcaraan
  • Jan "Stan" Kybert - ProTools
  • Matmos - pengaturcaraan, pengaturcaraan rentak
  • Vince Mendoza - penggubahan alat tali, penggubahan koir, pengorkestraan
  • Zeena Parkins - hap, penggubahan hap
  • Jack Perron - pengadaptasian kotak muzik
  • Guy Sigsworth - pengaturcaraan, pengaturcaraan rentak, kekunci alat celesta, penggubahan alat kekunci celesta, alat kekunci klavikord, penggubahan alat kekunci klavikord, penggubahan koir
  • Mark "Spike" Stent - penggabungan
  • Damian Taylor - pengaturcaraan, pengaturcaraan rentak, ProTools
  • Caryl Thomas - hap
  • Marius de Vries - penerbitan, pengaturcaraan, pengaturcaraan rentak
  • M/M (Paris) - arahan seni, reka bentuk dan ilustrasi
  • Inez van Lamsweerde & Vinoodh Matadin - penggambaran
  • Patrick Gowers - komposer penggubahan suara dan organ dalam "Unison"
  • Koir Katedral St. Paul, pimpinan John Scott - koir dalam "Unison"

Petikan kata-kata sunting

Vespertine adalah seperti... hari-hari di mana ia bersalji di luar, dan anda berada di dalam dengan secawan koko dan semuanya amat ajaib. Anda berasa girang, tetapi anda tidak bercakap berhari-hari kerana anda tidak mahu.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting