[[Kategori:Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari {CURRENTMONTHNAME]] 2024}}

Pos kawalan sempadan di Wang Kelian, berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan

Wang Kelian merupakan sebuah bandar di negeri Perlis dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran dengan bandar Satun, Thailand.

Wang Kelian merupakan pintu keluar antara Malaysia dan Thailand. Sejak 1992, pintu masuk Wang Kelian-Wang Prachan ini bebas untuk keluar masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad namun kelepasan itu dibatalkan pada 1 Feb 2008 (dikembalikan pada 4 Disember 2008) dan dibatal semula pada 1 April 2015. Timbalan Menteri, Datuk Mohd Johari Baharom mahu kebebasan keluar masuk ini ditarik balik demi keselamatan negara. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian dikendalikan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Senjata api, barangan dagangan, rokok, arak, dadah dan pendatang asing mudah bolos melalui pintu Wang Kelian. Berikutan itu, Jabatan Imigresen membatalkan kelepasan yang diberikan bermula 1 April 2015 meskipun dibantah kerajaan negeri Perlis. Kerajaan negeri Perlis bercadang membincangkan isu Wang Kelian bersama Menteri Dalam Negeri berikutan aktiviti pelancongan dan ekonomi Perlis akan terjejas hasil perlaksanaan peraturan baru itu.

Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara yang dibuat antara Indonesia, Malaysia, Thailand pada 1992 membenarkan rakyat dari negara-negara sempadan dibenarkan bebas keluar masuk kerana mereka mempunyai tali persaudaraan ketiga-tiga pihak.[1]

Kampung sunting

  1. Kampung Ulu Wang Kelian

Pekan berdekatan sunting

  1. Lubok Sireh

Rujukan sunting