Washington Nationals
Washington Nationals merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Washington, D.C. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Dari tahun 2005 sehingga 2007, pasukan ini telah beraksi di RFK Stadium sementara stadium baru sedang dibina. Pada tahun 2008, mereka berpindah ke Nationals Park.[5]
Washington Nationals | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Washington Nationals | |||||
Ditubuhkan pada 1969 | |||||
Berpusat di Washington, D.C. sejak 2005 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan | (sebagai Montreal Expos: 8, 10, 10, 30) | ||||
Warna | |||||
Nama | |||||
| |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (1) | 2019 | ||||
NL Pennant (1) | 2019 | ||||
NL East Kejuaraan Divisyen (5) | |||||
Kemunculan Wild card (1) | 2019 | ||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Mark Lerner[3][4] | ||||
Pengurus | Dave Martinez | ||||
Pengurus Besar | Mike Rizzo | ||||
Presiden Operasi Besbal | Mike Rizzo |
Nationals merupakan pasukan kelapan yang berpusat di Washington, D.C. Pasukan ini mula ditubuhkan pada tahun 1969 dengan menggunakan nama Montreal Expos sebagai pasukan tambahan di MLB. Selepas cadangan penyingkiran digagalkan, Expos telah dibeli oileh MLB dan dikehendaki untuk memindahkan pasukan ke sebuah bandar baru[6] Washington, D.C., telah dipilih pada 2004 dan Nationals mula diasaskan pada tahun 2005 serta menjadi pasukan MLB pertama yang berpindah sejak pasukan Washington Senators berpindah ke Texas pada 1971.
Pada awalnya, pasukan ini bergelut ketika mula berpindah ke Washington. Nationals mula mengecapi beberapa kejayaan semasa 2010-an. Pasukan ini mengesahkan kemunculan playoff pertama dan gelaran divisyen sulung pada tahun 2012. Pasukan ini juga menjuarai National League East selanjutnya pada tahun 2014, 2016 dan 2017 tetapi kesemuanya menemui kegagalan untuk mara melepasi NLDS. Pada tahun 2019, Nationals mara ke Siri Dunia dan menewaskan Houston Astros bagi mengesahkan kejuaraan dunia sulung.
Sehingga menjelang musim 2023, rekod menang-kalah pasukan ini secara keseluruhannya ialah 4,123–4,3870. Sejak berpindah ke Washington, D.C., rekod pasukan ini secara keseluruhan ialah 1,368–1,444.[7]
Sejarah
suntingSejarah awal pasukan ini ialah di Montreal dan dikenali sebagai pasukan Montreal Expos (dinamakan selepas Expo 67, iaitu ekspo tersebar dunia yang diadakan di Montreal pada 1967). Pasukan ini bertahan selama 36 tahun dan ia ditubuhkan pada 1969. Pada tahun yang sama, Expos merupakan salah satu daripada empat pasukan tambahan yang menyertai Major League Baseball. Montreal telah mengalami 110 kekalahan pada musim sulungnya dan menduduki tempat terakhir divisyen dan menyamai rekod terburuk dalam sejarah MLB (bersama San Diego Padres). Pasukan ini terus mencatatkan rekod buruk di NL East sepanjang dekad pertama kewujudannya. Pada tahun 1979, di bawah bimbingan pengurus Dewan Kemahsyuran Dick Williams, Expos mencatatkan kemenangan musim pertama dan hanya tinggal berbaki dua perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan divisyen. Pasukan ini yang dibarisi pemain seperti catcher Gary Carter dan outfielder Andre Dawson dan Tim Raines, Expos mara ke penampilan postseason pertama mereka pada dua tahun kemudian ketika mogok pemain musim 1981. Pada tahun yang sama, Expos menjuarai pusingan pertama siri ke atas Philadelphia Phillies sebelum tewas kepada juara dunia siri itu, Los Angeles Dodgers.
Untuk saki-baki 1980-an, Montreal akan menamatkan musim mereka pada peratus kemenangan .500 dengan kurang perlawanan. Pada awal 1990-an, Expos mengisi barisan pasukan dengan pemain-pemain muda seperti outfielder Moises Alou, Marquis Grissom dan Larry Walker serta pitcher Pedro Martínez. Lambakan pemain ini telah membawa Montreal kembali ke puncak divisyen. Pada musim 1994, Montreal menghasilkan rekod terbaik liga iaitu 74–40 tetapi saki-baki musim tersebut terpaksa dibatalkan kerana pertelingkahan para pemain yang menyebabkan peluang terbaik pasukan untuk meraih gelaran divisyen terkubur. Ketika MLB dimainkan semula pada 1995, Montreal kehilanga nbeberapa pemain muda mereka melalui ejen bebas atau perpindahan pemain dan Expos menamatkan kempen tahun tersebut di tangga terakhir NL East.
Pada tahun 1996, pemain ini membawa masuk bakal pemain All-Star iaitu Vladimir Guerrero. Kemasukan lewat beliau tidak cukup buat Expos untuk mengatasi Atlanta Braves di divisyen mereka. Expos kemudian memulakan tempoh kemerosotan kehadiran penonton dan keluhan dari pemilik pasukan tentang stadium Expos yang sekali gus menimbulkan persoalan tentang kedudukan pasukan ini di Montreal.
Pada tahun 2001, Expos bersama-sama Minnesota Twins telah dicadangkan oleh Pesuruhjaya Bud Selig untuk disingkirkan dari MLB sebagai usaha untuk memperoleh hasil melalui sukan ini. Pasukan ini kemudiannya dijual kepada MLB pada 2002. Sementara itu, perintah mahkamah Minnesota berakhir dengan keputusan untuk membatalkan penyingkiran pasukan tetapi MLB bertindak memindahkan pasukan itu. Expos beraksi sementara di gelanggang tuan rumah mereka di San Juan, Puerto Rico pada 2003 dan 2004 di kala MLB sedang mencari bandar-bandar sesuai di Amerika Utara untuk Expos. Pada tahun 2005, Expos berpindah ke Washington, D.C. dan dikenali sebagai Nationals. Nationals pada mulanya mempamerkan prestasi hambar di NL termasuk mengalami 102 dan 103 kekalahan pada musim 2008 dan 2009.
Dengan kemerosotan yang dialami pasukan, Nationals dibolehkan untuk memilih pilihan pertama bagi dua draf berturut-turut untuk prospek terbaik dalam dekad; pitcher Stephen Strasburg dan outfielder Bryce Harper. Pasangan pemain ini menyertai pasukan yang kukuh dan Nationals mencatatkan peningkatan 18 kemenangan berbanding musim sebelumnya dengan menamatkan kempen sebagai rekod terbaik di MLB (98–64), serta menjuarai gelaran divisyen sulung pasukan. Walau bagaimanapun, pasukan ini tersingkir dalam siri postseason pembukaan kepada St. Louis Cardinals.
Washington kembali ke postseason pada 2014 tetapi mereka sekali lagi tersingkir di siri pembukaan playoff. Pasukan Nationals yang terdiri daripada pemain muda dan berbakat ini memasuki musim 2015 sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Siri Dunia tetapi mereka mempamerkan aksi mengecewakan di atas padang apabila menghasilkan rekod 83–79 dan terlepas aksi playoff menjelang tujuh perlawanan lagi sebelum berakhir musim. Washington kembali bangkit pada musim berikutnya dengan menjuarai divisyen tetapi tersingkir di aksi pembukaan playoff. Pasukan ini mengulangi rentak sama pada 2017 dengan meneruskan prestasi cemerlang musim tetapi tidak memenangi sebarang siri playoff. Nationals terus melangkah ke hadapan pada 2018 dengan memenangi 82 perlawanan tetapi kecundang di playoff.
Harper meninggalkan pasukan sebagai ejen bebas tetapi Nationals kini memiliki barisan pitcher yang unggul (dipimpin oleh Strasburg dan Max Scherzer) dan mengemudi pasukan untuk kembali ke postseason pada 2019. Washington menamatkan kemarau kekalahan postseason dengan menewaskan dua kali juara bertahan NL, Los Angeles Dodgers di siri divisyen untuk meraih kejayaan pertama postseason. Nationals kemudiannya menyingkirkan Cardinals di NL Championship Series untuk melayakkan pasukan menuju ke Siri Dunia. Nationals meneruskan rentak cemerlang dengan memenangi Siri Dunia buat kali pertama. Selanjutnya pada tahun 2010 dan 2021, ia agak mengecewakan apabila Washington terlepas aksi sebagai pencabar playoff.
Catatan
sunting- ^ "Washington Baseball Timeline–2000s". Nationals.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ "MLB and Nationals unveil the official logo of 2018 All-Star Game". MLB.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. July 26, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2019. Dicapai pada May 12, 2019.
The official logo of the 2018 All-Star Game is as patriotic as its iconic setting. The focal point of the mark is the pristine white United States Capitol dome, which is crowned with the bronze Statue of Freedom. A U.S. flag proudly waves behind it, while the logo is surrounded by a ring of stars. The two stars on the red ring represent the competing leagues, and the six stars on the navy field symbolize their divisions. The ribbon proudly states the location and year of the Midsummer Classic, and to punctuate the mark, the MLB batter is in the colors of scarlet and navy honoring the host franchise.
- ^ Collier, Jamal (June 14, 2018). "Mark Lerner named Nats' managing principal owner". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada October 15, 2019. Dicapai pada October 15, 2019.
- ^ Svrluga, Barry (June 14, 2018). "Nationals owner Ted Lerner, 92, to cede control of club to his son, Mark". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2019. Dicapai pada October 15, 2019.
- ^ "Facts & Figures". Nationals.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2019. Dicapai pada October 24, 2019.
- ^ Fainaru, Steve (June 28, 2004). "Expos for Sale: Team Becomes Pawn of Selig". The Washington Post. m/s. A01. Diarkibkan daripada yang asal pada July 15, 2018. Dicapai pada July 13, 2018.
- ^ "Washington Nationals Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2020. Dicapai pada 2020-11-11.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Washington Nationals |
- Washington Nationals official website
- FOX Sports – Washington Nationals team front
- Sandalow, Marc. "A Brand-New Ballgame: The New Stadium of the Nationals", Washingtonian, March 1, 2008.