Kelab Bola Sepak Wealdstone (/ˈwiːldstoʊn/WEELD-stone) ialah sebuah kelab bola sepak separuh profesional Inggeris yang berpangkalan di Ruislip, London Borough of Hillingdon, anggota daripada Persatuan Bola Sepak Middlesex County.[3] Setakat kini mereka bermain dalam National League, kelas kelima divisyen liga bola sepak Inggeris. Warna tradisional mereka berwarna biru diraja dan putih. Kelab ini digelar "Si Batu" atau "Sang Diraja".
Walaupun secara rasmi ditubuhkan pada 1899, kelab ini berakar umbi sejak 1887 dan diwujudkan melalui beberapa pelakuran kelab tempatan.[4] Untuk sebahagian besar kewujudannya, kelab itu berpusat di stadium Lower Mead di Harrow sehingga 1991. Kelab ini sempat menjual stadium mereka dan berkongsi tempat dengan pelbagai kelab tempatan hingga 2008. Wealdstone mendapat tempat di Grosvenor Vale.
Wealdstone pernah memenangi double dengan menjulang Piala FA Inggeris sederum National League di musim yang sama (1984–85). Wealdstone memenangi Piala FA Inggeris, dua tahun sebelum promosi automatik ke divisyen profesional bermula (semasa itu National League ialah liga amatur).[5]
Kelab ini juga ialah kelab bola sepak pertama yang perlawanannya mendapat siaran TV di UK, BBC menyiarkan sebahagian daripada perlawanan liga mereka semasa menentang Barnet pada bulan Oktober 1946.[6]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.