Westland Wasp
Westland Wasp merupakan generasi pertama helikopter anti kapal selam atas kapal yang berkuasa turbin-gas, ringan. Ia adalah hasil program P.531 yang sama yang menghasilkan Scout tentera British dan berasaskan Saro Skeeter yang lebih awal dengan enjin piston. Ia memenuhi keperluan 'MATCH' (MAnned Torpedo-Carrying Helicopter) oleh Tentera Laut Diraja British bagi helikopter kecil yang mampu mendarat di atas kapal friget dan mampu membawa dua torpedo pensasar.
Westland Wasp | |
---|---|
Peranan | Helikopter |
Pengeluar | Westland |
Penerbangan sulung | 28 Oktober, 1962 |
Diperkenalkan | 1963 |
Dihentikan | 2000 (Tentera Laut Diraja Malaysia) |
Pengguna utama | Fleet Air Arm Tentera Laut Diraja New Zealand Pasukan Udara Tentera Laut Belanda Tentera Laut Diraja Malaysia |
Jumlah dibina | 125 buah |
Dibangunkan dari | Westland Scout |
Pengenalan
suntingTentera laut Diraja Malaysia memulakan era udaranya apabila enam pesawat Wasp HAS MK1 dibeli daripada tentera laut diraja British pada akhir 1987. Satu cawangan unit udara yang dikenali sebagai KD Rajawali ditauliahkan pada 11 Mei 1990. Helikopter Westland Wasp merupakan helikopter ringan yang dilengkapi dengan radio UHF dan VHF untuk berkomunikasi dengan pengkalan dan kapal. Ia juga dilengkapi dengan sistem GPS bagi memudahkan pemanduan. Salah satu daripadanya diletakkan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Sejarah reka bentuk
suntingSistem MATCH timbul kerana ancaman kapal selam dengan kelajuan dan jarak serangan yang meningkat, dan peningkatan jarak dari mana ancaman ini dapat dikesan. Persenjataan atas kapal semasa tidak mempunyai jarak secukupnya yang diperlukan, dengan itu MATCH merupakan pada asasnya senjata bersedia (stand-off weapon) dengan helikopter membawa torpedo ke sasaran dan diarahkan di mana dan bila melancarkannya. Tidak seperti pesawat lebih moden, Wasp tidak mempunyai sonar, dan terhad bagi bertindak seiring dengan kapal induknya.
Penerbangan pertama prototaip model P.531 berlaku pada 28 Oktober 1962. Prototaip berbeza dengan mempunyai pendaratan bawah berbentuk kayu pogo kekal, tanpa tayar, dan pengeluaran sepenuhnya bermula tidak lama selepas itu, 98 keseluruhannya dihasilkan bagi tentera diraja British. Ia merupakan pesawat yang amat berjaya, dieksport ke Brazil, Belanda, Indonesia, Malaysia, New Zealand dan Afrika Selatan. Mengkagumkan, sejumlah 125 pesawat dihasilkan keseluruhannya.
Spesifikasi (Wasp HAS.1)
suntingCiri umum
- Anak kapal: 2
- Kapasiti: sehingga 4 penumpang
- Panjang: 40 kaki 4 in (12.29 m)
- Diameter rotor: 32 kaki 3 in (9.83 m)
- Tinggi: 8 kaki 11 in (2.72 m)
- Ceper luas: 816 kaki² (76 m²)
- Berat kosong: 3,452 lb (1,566 kg)
- Berat berisi: lb (kg)
- Berat berlepas maksimum: 5,500 lb (2,495 kg)
- Loji kuasa: 1× Rolls-Royce Nimbus 103 turboshaft, 1,050 shp (783 kW)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 120 mph (193 km/j)
- Jarak: 303 batu (488 km)
- Lelangit khidmat ft (m)
- Kadar kenaikan: kaki/min (m/s)
- Beban ceper: 6.75 lb/kaki² (33 kg/m²)
- Kuasa/jisim: 0.19 hp/lb (0.31 kW/kg)
Persenjataan
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Pautan luar
sunting- Helicopter History site section on the Wasp.
For more information on the role of Rating Aircrewmen in the Royal Navy visit http://www.aircrewman.org.uk