Wikipedia:Bulan Asia Wikipedia 2020
Peraturan
Secara ringkas: Rencana baru, berkaitan Asia (rakyat, tempat, budaya dan lain-lain), bermutu baik, minimum 3,000 bait dan 300 patah perkataan, dihasilkan pada bulan November 2020 dan bukannya suatu senarai.
- Rencana baru yang dihasilkan oleh anda (bukannya rencana tunas yang dikembangkan) pada 1 November 2020 0:00 sehingga 7 Disember 2020 23:59 (UTC).
- Rencana hendaklah sekurang-kurangnya 3,000 bait dan sekitar 300 patah perkataan panjangnya. (tidak termasuk Kotak maklumat, templat dll.)
- Rencana itu memenuhi kriteria kelayakan.
- Rencana tersebut mempunyai rujukan yang baik, kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dan kontroversi hendaklah disahkan oleh petikan yang disenaraikan di dalam rencana.
- Rencana bukan sepenuhnya diterjemahkan dengan menggunakan mesin dan mempunyai gaya bahasa yang memadai.
- Tiada masalah atau isu (tiada teg) di dalam rencana
- Rencana yang dihasilkan hendaklah bukan suatu senarai
- Rencana tersebut bermaklumat.
- Rencana tersebut mengenai sebarang topik atau tajuk berkaitan negara Asia selain daripada negara anda. (contoh, pengguna Malaysia hendaklah menghantar rencana yang berkaitan dengan Asia selain Malaysia.)
- Rencana yang dihantar oleh seseorang penganjur perlu diperiksa oleh penganjur-penganjur yang lain.
- Rencana yang dihasilkan oleh pengguna alamat IP tidak diterima. Sila cipta akaun terlebih dahulu.
- Catatan: Juri daripada Wikipedia tempatan yang akan menentukan sama ada sesebuah rencana itu layak atau tidak.
Hadiah
- Apabila anda membuat 4 rencana yang memenuhi peraturan di atas, anda akan menerima poskad BAW daripada salah satu komuniti Asia.
- Duta-duta Asia Wikipedia akan menerima sijil yang ditandatangani dari Afiliasi Asia, dan poskad tambahan. Kunjungi soal jawab untuk maklumat lanjut. (Duta BAW 2018: Pengguna:PeaceSearcher, Duta BAW 2019:Pengguna:CyberTroopers)
Daftar
Daftarlah di sini. Penganjur akan menanda (menyemak) jika rencana yang dihasilkan memenuhi kriteria. Anda boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang bulan November.
Senarai peserta
Kotak pengguna | ||
---|---|---|
Sebaik sahaja anda telah menyertai, anda bebas untuk menambah kotak pengguna ini ke halaman pengguna anda.
|
Menghantar rencana
Selesai mencipta dan menyunting rencana? Hantarlah sumbangan anda melalui alat Fountain.
- Rencana anda hendaklah dihantar di pautan ini. Klik "log masuk" di sudut kanan atas dan ikut petunjuk yang ada. Anda boleh mengganti bahasa halaman di ikon bahasa yang terletak di sudut kanan atas.
- Setelah anda menghantar rencana anda, alat tersebut akan menambah templat ke rencana anda dan menandainya agar diperiksa oleh para juri. Anda dapat memeriksa kiriman anda di pautan ini.
- Jika terdapat sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi para juri.
- Jika anda ingin membuat pertanyaan dengan lebih lanjut, sila ke halaman Pertanyaan yang sering ditanyakan atau tanyakan di laman perbincangan ini.
Penganjur
Edisi sebelumnya
Pautan berguna
Penggabungan
- Kumpulan Pengguna Wikimedia China
- Wikimedia Taiwan
- Wikimedia India
- Wikimedia Indonesia
- Wikimediawan di Kansai
- Kumpulan Penggna Komuniti Wikimedia Hong Kong
- Wikimedia Bangladesh
- Wikimediawan Nepal
- Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Sri Lanka
- Kumpulan Pengguna Wikimediawan Punjabi
- Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Filipina
- Kumpulan Pengguna Wikimediawan Korea
- Kumpulan Pengguna Wikimediawan Iran
- Kumpulan Pengguna Wikimediawan Syam
- Kumpulan Pengguna Wikimediawan Azerbaijan
- Wikimediawan di Thailand
- Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia
- Kumpulan Pengguna Wikimediawan Vietnam
- Wikimediawan Bengal Barat
- Kumpulan Pengguna Bulan Asia Wikipedia