Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal)/Arkib/2010

Gambar pilihanSunting

Saya rasakan akan berlaku sedikit masalah kepada gambar pilihan yang bermula pada 28 Disember 2009. Ini kerana kod yang digunakan pada laman utama adalah {{WP:GP dilindungi/Minggu {{CURRENTWEEK}} {{CURRENTYEAR}}}} yang mana {{CURRENTWEEK}} pada minggu tersebut adalah 53 dan {{CURRENTYEAR}} adalah 2009. Templat seterusnya pula yang akan digunakan adalah {{WP:GP dilindungi/Minggu 1 2010}} dimana ia akan beroperasi pada 1 Januari 2010 <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:15, 21 Disember 2009 (UTC)

Sebagai langkah berjaga2, saya alihkan "WP:GP dilindungi/Minggu 53 2009‎" ke "WP:GP dilindungi/Minggu 1 2010"‎. ...Aurora... (b) 15:05, 21 Disember 2009 (UTC)
Saya dah agak, mesti ada jawapan ini.. Saya akan buat pada hari kejadian. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:34, 21 Disember 2009 (UTC)
Templat:Ta53 juga baru je dipindahkan ke Templat:Ta51. Pada tahun-tahun sebelumnya macam mana ia berlaku?? Wujudkah minggu ke 53 ni?? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:34, 21 Disember 2009 (UTC)
Sejak format sebegini (mingguan) digunakan, belum ada minggu 53. Menurut en.wiki, kali terakhir berlaku pada 2004. ...Aurora... (b) 15:52, 21 Disember 2009 (UTC)

Bila fikir balik, nanti GP Minggu 1 jadi lama pula (2 minggu), jadi saya alihkan kepada Minggu 52 dahulu. Sekitar 31 Dis, barulah lencongkan ke Minggu 1. Lepas ini bila ada minggu 53 lagi (2012?), kita kena bersedia dan undi siap2. ...Aurora... (b) 14:59, 24 Disember 2009 (UTC)

Bukankah minggu 1 tersebut akan berakhir pada 3 Januari 2010? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 13:15, 28 Disember 2009 (UTC)
Saya rasa tidak menjadi lama bagi tempoh gambar GP Minggu 1. Kerana jika kita lencongkan GP53 2009 ke GP1 2010, maka tempoh untuk gambar GP1 2010 adalah seminggu sahaja, 28.12.09 - 03.01.10 (tidak akan menjadi 2 minggu).
+-----------+--------------+--------------+-------------------+
|   Minggu  |     Mula     |    Tamat     |     Gambar        |
+-----------+--------------+--------------+-------------------+
|  52 2009  |  21.12.2009  |  27.12.2009  |  Zuhal            |
|  01 2010  |  28.12.2009  |  03.01.2010  |  Zaman Meleset    |
|  02 2010  |  04.01.2010  |  10.01.2010  |  Empangan Gordon  |
|  03 2010  |  11.01.2010  |  17.01.2010  |  Kiub Rubik       |
|  04 2010  |  18.01.2010  |  24.01.2010  |  Jagung           |
+-----------+--------------+--------------+-------------------+

<*)))>< Mr Ikan (bincang) 13:42, 28 Disember 2009 (UTC)

Kan tahun ini ada minggu 53, minggu 1 cuma bermula pada 4 Jan 2010. Lihat contoh kalendar ...Aurora... (b) 14:33, 28 Disember 2009 (UTC)
Bila masuk tahun baharu baru saya faham adanya minggu ke minggu ke 53. jadi sekarang ni tiada lagi templat minggu tersebut. Kalau dirujuk syarat no 7 tatacara pencalonan, calon minggu ke 52 adalah untuk templat ke-53, kerana kita tiada melakukan sebarang pengundian untuk minggu tersebut. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:35, 1 Januari 2010 (UTC)
Harapnya lain kali bila ada minggu 53 kita akan lebih bersedia. ...Aurora... (b) 14:42, 4 Januari 2010 (UTC)
Menurut kalendar 2010 dan 2011, kita perlu bersedia dengan minggu ke-52, iaitu {{WP:GP dilindungi/Minggu 52 2010}} dan {{WP:GP dilindungi/Minggu 52 2011}} . Templat {{WP:GP dilindungi/Minggu 52 2011}} pula akan digunakan dua kali pada 2011 iaitu pada awal tahun dan akhir tahun. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 18:09, 4 Januari 2010 (UTC)

Tatacara pencalonanSunting

Tatacara pencalonan nombor 6 bahagian pertama juga saya rasa perlu diubah kerana setiap pilihan mesti kena ada undi setuju. Sepatutnya jika tiada sebarang undi, maka calon tersebut gagal, gambar minggu sebelumnya adalah gambar untuk minggu tersebut. Calon tersebut boleh dicalonkan semula untuk minggu seterusnya <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:41, 1 Januari 2010 (UTC)

Setuju. ...Aurora... (b) 14:42, 4 Januari 2010 (UTC)
  •   Setuju - Beta yang cadang, mesti beta setuju <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:43, 5 Januari 2010 (UTC)

HotCatSunting

Alat baru untuk mereka yang kemaruk taksonomi: HotCat. Untuk menggunakannya, sila tanda di Keutamaan > Gajet. Alat ini membolehkan anda menambah, membuang, dan mengubah kategori pada mana-mana laman dengan mudah dan pantas tanpa perlu menggunakan kotak sunting.—Aviator, 08:10, 25 Januari 2010 (UTC)

BotSunting

ada sesiapa yg pandai dalam membuat bot. kriteria saya

  • dijalankan secara manual
  • tugas utama untuk mengantikan perkataan, cth category dengan kategori.

Zamwan (bincang) 07:35, 23 Februari 2010 (UTC)

Cuba lihat meta:Pywikipediabot, bot dengan pelbagai fungsi ditulis menggunakan python. Jadi anda perlu ada python terpasang pada komputer anda. --kurkur 12:23, 24 Februari 2010 (UTC)

Bintang rencana pilihanSunting

Saya mendapati bahawa bintang rencana pilihan tidak kelihatan pada sudut kanan atas laman rencana pilihan dan juga sebelah pautan ketika versi percubaan beta digunakan (untuk pengguna pelayar Firefox dan Chrome). Tolong betulkannya dengan segera. – Fanatix (bincang) 05:01, 11 Mac 2010 (UTC)

Saya dah ubah templatnya mengikut en.wiki, kalau tak boleh juga entahlah. Bagaimanapun, sesetengah templat memang cuma berfungsi menggunakan kulit MonoBook (kulit lalai). ...Aurora... (b) 14:29, 11 Mac 2010 (UTC)
Sumber masalah adalah kerana gaya topicon tiada pada MediaWiki:Vector.css. Saya sudah tambahkan. Tetapi "top:10px" tidak berfungsi, tidak tahu mengapa. --kurkur 19:48, 11 Mac 2010 (UTC)
KEMASKINI:   Beres Masalah sudah selesai selepas meniru gaya topicon bagi Vector.css di Wikipedia Bahasa Inggeris. ---kurkur 20:01, 11 Mac 2010 (UTC)

Kotak bantuan menyuntingSunting

Saya cadangkan agar kotak bantuan menyunting (sekarang diletakkan di bawah selepas butang simpan, pratonton & Lihat perubahan) diletakkan di bahagian atas. Tatarajah ini membuatkan suntingan lebih senang dilakukan. Sila lihat id.wiki. Zamwan (bincang) 03:41, 27 April 2010 (UTC)

(Keluar topik sikit) Tidak lama lagi semua Wikipedia akan berubah kepada kulit Vector secara lalai. Commons dah pun berubah. Semua alat bantuan menyunting dalam kulit Vector berada di bahagian atas. Untuk melihatnya, anda boleh menukar Keutamaan --> Menyunting --> Beta features. Pilih keduanya dan simpan. Sila baca FAQ untuk maklumat lanjut. ...Aurora... (b) 15:54, 27 April 2010 (UTC)

Nampaknya en.wiki juga telah berubah kepada Vector beberapa jam yg lalu. A new look for Wikipedia. ...Aurora... (b) 15:07, 13 Mei 2010 (UTC)

Perubahan Kepada Muka Vector BaruSunting

Sudah pasti para pengguna Wikipedia tertanya-tanya bilakah Wikipedia Bahasa Melayu akan mula berubah ke muka baru? Laman Wikipedia Bahasa Melayu akan mula menggunakan muka vector baru mulai Jun 30, 2010 (tarikh belum disahkan). Perubahan ini merupakan fasa keempat dalam perubahan muka vector laman-laman Wikipedia dan projek-projek berkembarnya. Kami berharap anda dapat mengemukakan pandangan anda tentang pembaharuan yang telah dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut tentang fungsi dan ciri-ciri baru, sila layari laman berikut.

Kami berharap anda dapat mengemukakan kesilapan-kesilapan penterjemahan agar kesilapan tersebut dapat dibaiki. --Diagramma Della Verita (bincang) 14:44, 21 Jun 2010 (UTC)

Nampaknya ms.wiki telah berubah kepada Vector pagi ini. Releases/Default Switch - Phase IV Deployment. ...Aurora... (b) 14:16, 1 Julai 2010 (UTC)
Saya tetap suka akan yang lama :) Zamwan (bincang) 15:14, 1 Julai 2010 (UTC)
Oh ya, bagi mereka yg ingin kembali pada MonoBook, boleh klik "Take me back" di bahagian atas laman (bila la dah terjemah). ...Aurora... (b) 15:32, 1 Julai 2010 (UTC)
Yang baru lagi cantik. :) kurkur 07:30, 2 Julai 2010 (UTC)
Lama dah tak menulis kat wiki ni... dah berubah sakan. Emm.. kat sini tak update lagi Wikipedia_Bahasa_Melayu#Perubahan_Laman_Utama <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:14, 10 Julai 2010 (UTC)
Siap. ...Aurora... (b) 15:02, 14 Julai 2010 (UTC)

Muat naik gambarSunting

Salam. Untuk rencana Ribut Tropika Greg saya nak letak dua tiga gambar. Tapi nak ikut polisi, tak boleh kan muat naik gambar dari laman-laman web tertentu, contohnya Berita Harian. Nanti kena tag hapus pulak. Tapi laman asal (rencana Berita Harian) dah lama kena padam. Saya ada la simpan gamabr-gambar dari artikel tu. Masalah saya sekarang, perlu ke minta kebenaran? Hamba Allah (bincang) 15:51, 21 Julai 2010 (UTC)

Saya fikir anda masih perlu meminta kebenaran. Meskipun, laman tersebut telah dipadamkan. Zamwan (bincang) 02:10, 23 Julai 2010 (UTC)
Terima kasih saudara Zamwan. Er, kepada siapa harus dituju? Pengarang Kumpulan Berita Harian atau Ketua Unit Foto? Hamba Allah (bincang) 15:55, 23 Julai 2010 (UTC)

Muat naik gambar sendiriSunting

Bagaimana nak memasukkan gambar atau menambah gambar ke dalam rencana sedia ada, maksud saya nak upload gambar ke mana? Dalam mediawiki (enjin wikipedia) ada opsyen pada menu Tools@Alatan untuk upload gambar.--Karyait (bincang) 05:17, 31 Julai 2010 (UTC)

Di Laman Utama, bahagian sebelah kiri, terdapat satu kotak bernama alatan, sila klik pautan Muat naik fail. Sila ikuti panduan yang diberikan. Zamwan (bincang) 06:46, 31 Julai 2010 (UTC)
Saya dapati opsyen ini tak ada dalam ms.wikipedia.org bila saya login, klik link ini. Tetapi kalau di http://en.wikipedia.org/wiki/ ada link untuk "upload file". Gambar di Wikipedia English dan Wikipedia Bahasa Melayu boleh saling tukar? Terima kasih.--Karyait (bincang) 14:06, 3 Ogos 2010 (UTC)
Nampaknya anda belum masuk kategori "Pengguna yang disahkan secara automatik" (en:WP:AUTOCONFIRM), maka pautan itu belum muncul. Untuk soalan kedua, jawapan ringkas ialah tidak. ...Aurora... (b) 14:48, 3 Ogos 2010 (UTC)
Gambar di Wikipedia English dan Wikipedia Bahasa Melayu tidak boleh saling tukar, hanya gambar di Wikipedia Common boleh. Saling tukar di sini bermaksud tidak perlu dimuat hantar semula.

Mata wangSunting

Nak guna matawang apa dalam rencana? RM ke USD? Terima kasih =) Hamba Allah (bincang) 16:37, 7 Ogos 2010 (UTC)

Guna menurut rencana mengenai apa dan sumber asal. Ini kerana kadar pertukaran matawang bertukar setiap masa. Atau letakkan matawang asal dalam kurungan. Yosri (bincang) 01:27, 8 Ogos 2010 (UTC)

Spam block / URL Black listSunting

Jika sesiapa penyelia mendapati pautan spam/spam link anda boleh sekat di sekatan spam. Terima kasih. Yosri (bincang) 22:02, 4 September 2010 (UTC)

Proposal for GoogleTrans GadgetSunting

Hi there,

Sorry about the English.

I have had a GoogleTrans gadget on the enwiki for almost a year now. If you position the cursor over a word and hit the SHIFT key it will popup the google translation of that word. It is like the google toolbar translation feature except that it will also handle selected text (< 500 characters). The gadget is currently running on 8 wikis.

The help page for the gadget is at:

http://en.wikipedia.org/wiki/User:Endo999/GoogleTrans

and the code is at:

http://en.wikipedia.org/wiki/User:Endo999/GoogleTrans.js

There are instructions on how to port the gadget onto other wikis on the help page.

Good luck with your wiki. Anybody who is learning Malay by reading mswiki articles could benefit from this gadget. It is especially useful for intermediate learners of the language because they can quickly look up a word every 2 or 3 sentences. I use the tool to read French and Spanish webpages this way.

Endo999 (bincang) 03:14, 4 September 2010 (UTC)

This is interesting, but anyone can assist with the implementation. i have no ideas of doing this. Yosri (bincang) 12:16, 4 September 2010 (UTC)
Okay, If anyone on your wiki is interested in implementing this gadget I would be more than willing to help.

Endo999 (bincang) 17:19, 4 September 2010 (UTC)

  1. I support this proposal. Yosri (bincang) 17:23, 4 September 2010 (UTC)
  2. ^ Second this. All the way. Pp.Mm.Cc. 20:12, 4 September 2010 (UTC)
  3.   Setuju - Had tried at en.wiki. Found this gadget is very useful, support for its application to be extended to ms.wiki. Zamwan (bincang) 21:54, 4 September 2010 (UTC)
  4. I'm not opposed to it. ...Aurora... (b) 02:31, 6 September 2010 (UTC)

Instructions on how to install a gadget are on the enwiki at

http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Gadget#Installation

for anyone who wishes to.

The help page for the gadget is at:

http://en.wikipedia.org/wiki/User:Endo999/GoogleTrans

and the code is at:

http://en.wikipedia.org/wiki/User:Endo999/GoogleTrans.js

Endo999 (bincang) 17:38, 8 September 2010 (UTC)

Hi there,

I note that three people have approved my resolution and another has not disapproved of it, but the resolution has not been actioned. Is there an objection to putting up the GoogleTrans gadget on mswiki? Endo999 (bincang) 00:32, 17 September 2010 (UTC)

Guess not. Only that this probably does not has the highest priority for admins here. ...Aurora... (b) 10:27, 22 September 2010 (UTC)
I've implemented the gadget on this wiki. Have fun guys. ;) p/s: I also tranlate the strings to Malay, but the dropdown language options. I'll update the script letter if I found hacks to translate the script to Malay. --kurkur 12:00, 27 September 2010 (UTC)
Thanks a lot. I didn't have the skill nor inclination to do this. Thanks again for the assistant. Yosri (bincang) 12:51, 27 September 2010 (UTC)
No problem. :D I'm still working on the translation for the language options though. *sighs* --kurkur 16:56, 27 September 2010 (UTC)

Thanks guys for implementing the gadget. I hope it induces more people to brush up on their Malay.

Endo999 (bincang) 06:47, 28 September 2010 (UTC)

Proposal:Menukar templat infobox jalan raya sedia ada kepada templat infobox seragamSunting

Salam kepada semua ahli Wikipedia Bahasa Melayu,

Saya ingin mencadangkan agar templat infobox bagi jalan raya diseragamkan sebagaimana yang dilakukan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Sebelum ini kita menggunakan banyak templat infobox jalan raya bagi jalan raya dan lebuh raya terutamanya di Malaysia. Dengan menyeragamkan templat infobox jalan raya ini, sekurang-kurangnya templat yang sama boleh digunakan bagi mana-mana rencana jalan raya dan lebuh raya di dunia tanpa perlu buat sebegitu banyak templat infobox jalan raya bagi negara-negara terbabit. Apa pandangan para pengguna sekelian? - Hezery99 (bincang) 04:48, 25 September 2010 (UTC)

Setuju. Teruskan sahaja ubahsuai template yang sedia ada atau cipta template baru. Yosri (bincang) 05:54, 25 September 2010 (UTC)
Saya telah pun mencipta Templat:Infobox jalan raya tetapi ia masih belum sempurna, diharap ahli-ahli Wikipedia Bahasa Melayu dapat membantu saya untuk menyempurnakan templat ini. Terima kasih. - Hezery99 (bincang) 02:52, 26 September 2010 (UTC)
Saya sudah pun menggantikan templat infobox pada rencana Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Utara-Selatan dengan templat infobox jalan raya seragam yang baru saya cipta. Diharap kerjasama para ahli terutamanya yang arif mengenai jalan raya seperti saudara Aiman abmajid untuk membantu saya. Terima kasih. - Hezery99 (bincang) 04:08, 26 September 2010 (UTC)

Memindah Siti Nurhaliza binti Tarudin ke Siti NurhalizaSunting

Saya ingin memohon jasa baik penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu ini untuk memindah rencana Siti Nurhaliza binti Tarudin ke Siti Nurhaliza. Saya merasa bahawa nama bapa kepada Siti iaitu Tarudin tidak perlu diselitkan pada tajuk rencana tersebut. Pemindahan tidak dapat dilakukan secara manual kerana lencongan Siti Nurhaliza telahpun sedia wujud. Arteyu ? Blame it on me ! 11:50, 2 Oktober 2010 (UTC)

Saya tidak setuju kerana Siti Nurhaliza hanyalah nama glamour, dan sering bertukar. Kini, gelaran dipakai adalah Datuk Siti / Datuk Siti Nurhaliza, sedangkan nama betul kekal tidak bertukar. Bagaimanapun terpulanglah kepada penyelia yang lain. Yosri (bincang) 17:14, 2 Oktober 2010 (UTC)
Saya mencadangkan pemindahan dilakukan supaya ianya selaras dengan interwiki-interwiki yang lain dan memandangkan ianya merupakan nama komersial yang sering "disearch" oleh pengguna-pengguna [1]. Sila juga rujuk pada w:WP:COMMONNAME. Arteyu ? Blame it on me ! 19:24, 2 Oktober 2010 (UTC)
Carian Siti Nurhaliza binti Tarudin atau Siti Nurhaliza akan membawa kepada rencana yang sama. Kebiasaan tidak seharusnya menjadi satu kemestian. Ini adalah ensaiklopedia, jadi seboleh-bolehnya maklumat yang ditulis mestilah setepat yang mungkin. Zamwan (bincang) 01:46, 3 Oktober 2010 (UTC)
Sejauh manakah ketepatan yang diperlukan? Tidakkah nama penuh Siti Nurhaliza telah pun diselitkan di perenggan pertama pada rencana? Tajuk-tajuk artikel disini perlukan keseragaman. Daripada Kategori:Pelakon Malaysia saya dapati hanya kurang dari 30 peratus menggunakan nama penuh manakala sebelihnya mengguna pakai nama komersial. Terdapat banyak kelebihan dengan penggunaan nama komersial sebagai tajuk rencana. Ini termasuklah kebarangkalian yang tinggi untuk rencana tersebut berada pada "page" yang terawal di search-search engines. Saya mendapati kebanyakan dari wikipedia utama dari bahasa yang lain (contohnya Wikipedia Bahasa Inggeris (seperti yg diatas) dan Wikipedia Bahasa Indonesia lebih cenderung dengan penggunaan nama komersial/kebiasaan berbanding nama asal seseorang dan ianya telahpun diserapkan sebagai polisi yang perlu dipatuhi. Di Wikipedia Bahasa Melayu ini juga terselit polisi yang sedemikian yang saya rasakan mungkin anda berdua telah terlepas pandang (sila rujuk pada Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana#Gunakan nama yang paling biasa untuk orang dan benda). Saya berharap anda tidak tersalah anggap dengan kehadiran saya disini. Saya berniat baik semata-mata dan akan mencuba sedaya mungkin untuk memastikan Wikipedia Bahasa Melayu ini supaya "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan wikipedia-wikipedia yang lain. Harap maklum. Arteyu ? Blame it on me ! 03:03, 3 Oktober 2010 (UTC)

Saya tak kisah. Sama ada nama popular atau nama rasmi, dua-dua boleh. ...Aurora... (b) 01:12, 4 Oktober 2010 (UTC)

Kalau saya, saya pilih nama yang lebih popular. Jadi bila pengguna yang tidak tahu tentang wujudnya wiki kita membuat carian google "Siti Nurhaliza" atau nama artis lain (dengan nama popular mereka), kemungkinan wiki kita tersenarai dalam 10 cadangan pertama mungkin lebih tinggi. Lagipun, perkara ini ada dalam polisi Wikipedia (lihat en:WP:COMMONNAME). --kurkur 18:46, 4 Oktober 2010 (UTC)

Rencana autobiografiSunting

Boleh saya minta pandangan tentang rencana Ahmad Naufal Bin Basri? Saya pernah letak tanda hapus, sebab rencana autobiogafi, dan tak ada sumber. Dan juga, pada pandangan saya, digunakan semata-mata tujuan politik kampus. Tapi penyunting rencana tu buang tanda hapus tadi. Saya tak letak pesanan di laman pengguna penyunting tadi sebab saya tahu saya kurang autoriti berbanding penyelia. Terima kasih. عبد الله Pesanan? 23:14, 13 Disember 2010 (UTC)

Sudah dihapuskan. Rencana ini tidak memenuhi syarat Wikipedia:Kepentingan rencana. Di masa hadapan, anda tidak perlu ragu2 untuk memberitahu/memperingati pengguna berkenaan. ...Aurora... (b) 03:46, 14 Disember 2010 (UTC)

Memuatkan gambar untuk artikelSunting

Salam! Saya menghadapi masalah memuatkan gambar ke dalam artikel Wiki Melayu. Dahulu saya berjaya memuatkannya tetapi selepas lama tidak masuk Wiki, saya "sesat" walaupun setelah menggunakan templat yang disediakan Wikipedia. Dahulu semasa saya menulis artikel tentang burung belatuk dan memuatkan gambarnya, saya berjaya.

Baru-baru ini saya menulis artikel tentang burung pipit tuli dan cuba memuatkan gambar dari sumber sendiri dengan mengklik ikon "imej". Saya diminta memuat naik gambar tersebut. Setelah memuat naiknya, apabila saya paut ke pautan yang diberi untuk gambar tersebut, atau melihat Pratonton, gambar tersebut tidak muncul. Sebaliknya yang muncul hanyalah teks, dan Wikipedia sekali lagi menyatakan gambar tersebut tidak ada dan mesti dimuat naik lagi. Saya dah bengang dan bingung.

Sesiapa boleh tolong tunjuk ajar? Terima kasih. --Munshi 02:48, 15 Disember 2010 (UTC)

Saya kurang faham apa masalah yg dihadapi anda. Saya melihat anda telah memuatnaik 3 gambar berkenaan sarang pipit tuli pada minggu lepas, ketiga-tiganya telah saya masukkan ke rencana burung tersebut. Jika di masa hadapan anda menghadapi masalah sebegini lagi, sila ke galeri fail baru untuk melihat sama ada imej anda berjaya dimuatnaik atau tidak. ...Aurora... (b) 03:12, 15 Disember 2010 (UTC)

Selepas membaca komen anda ini, saya membuka laman burung pipit tuli, dan voila, memang ketiga-tiga gambar yang saya muat naik itu ada, termasuk satu gambar burung tersebut dari India. Saya pun tak tahu apa nak kata tentang apaa yang sebenarnya telah berlaku. Apa yang pasti ialah selepas saya simpan artikel dan gambar itu, dan membuka laman itu semula menerusi pratonton, gambar itu tak ada pun. Tapi walau apapun, itu semua tak penting lagi. Yang penting, artikel itu dah bergambar, dan saya yakin, ia sagat informatif bagi peminat burung Malaysia dan pembaca Wiki Melayu. Terima kasih, Aurora! --Munshi 08:14, 15 Disember 2010 (UTC)