Wikipedia Bahasa Jerman
Wikipedia Bahasa Jerman (Deutschsprachige Wikipedia) merupakan edisi Bahasa Jerman Wikipedia. Ini merupakan Wikipedia yang kedua terbesar selepas Wikipedia Bahasa Inggeris, dan merupakan salah satu Wikipedia pertama yang dicipta.
![]() | |
![]() | |
Jenis laman web | Projek ensiklopedia internet |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Bahasa Jerman |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
URL | http://de.wikipedia.org/ |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Tidak wajib |
SejarahSunting
Wikipedia bukan Bahasa Inggeris yang pertama ialah edisi Bahasa Jerman ini ; diumumkan oleh Jimbo Wales pada 16 Mac 2001.[1] Penciptaan rencana di Wikipedia Bahasa Jerman dimulakan pada Mei 2001,[2] selepas Wikipedia Bahasa Catalonia.
Bahasa dan dialekSunting
Wikipedia Bahasa Jerman ini ditulis dalam Bahasa Jerman yang disyorkan oleh Duden. Bahasa Jerman Switzerland dan Bahasa Jerman Austria hanya diterima dalam rencana-rencana skop tempatan. Perbezaan ini adalah lebih kecil daripada perbezaan antara Bahasa Inggeris Amerika dan Bahasa Inggeris British; misalnya, Bahasa Jerman Switzerland tidak menggunakan S tajam (ß) dan menggunakan ss.
Loghat-loghat Jerman seperti Bahasa Jerman Switzerland tidak digunakan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. Wikipedia yang berlainan dicipta untuk loghat-loghat ini, termasuk Bahasa Jerman Alemannik (als:), Bahasa Jerman Rendah (nds:), (lb:), Bahasa Jerman Pennsylvania (pdc:), Bahasa Ripuaria (dahulu Bahasa Kölsch; ksh:), dan Bahasa Austro-Bavaria (bar:).
RujukanSunting
- ^ Jimmy Wales: [Wikipedia-l] Alternative language wikipedias, 16 March 2001
- ^ First article was apparently Polymerase-Kettenreaktion
Pautan luar dan sumberSunting
- (Jerman) German Wikipedia
- (Jerman) Wikimedia Deutschland
- Publication efforts on CD/DVD (Jerman):
- WP 1.0, publication in book form (Jerman):
- (Jerman) Geschichte, a personal history of the German Wikipedia, written by one of the core Wikipedians
- (Inggeris) Report from the German Wikipedia, Wikipedia Signpost, 2006-11-06.