Wish Dragon (Naga Hajat) ialah sebuah wayang gambar animasi komputer fantasi dan komedi Amerika dan China terbitan tahun 2021 yang ditulis dan diarahkan oleh Chris Appelhans. Dihasilkan oleh Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, Beijing Sparkle Roll Media Corporation, Tencent Pictures, Base FX, Flagship Entertainment Group, Boss Collaboration and Cultural Investment Holdings, filem ini dibintangi oleh Jimmy Wong, John Cho, Constance Wu, Natasha Liu Bordizzo, Jimmy O Yang, Aaron Yoo, Will Yun Lee, dan Ronny Chieng. Jackie Chan menghasilkan filem ini dan menyuarakan watak Cho dalam versi bahasa Mandarin.[4] Watak-watak yang ditampilkan dalam filem ini disuarakan dengan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.[5]

Wish Dragon
PengarahChris Appelhans
PenulisChris Appelhans
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehMichael Andrews
Muzik olehPhilip Klein[1]
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 15 Januari 2021 (2021-01-15) (China)
  • 11 Jun 2021 (2021-06-11) (Antarabangsa)
Masa tayangan
98 minit[2]
Negara
  • Amerika Syarikat
  • China
Bahasa
  • Cina
  • Inggeris
Pecah panggung$21.1 juta[3]

Wish Dragon dikeluarkan di pawagam di China pada 15 Januari 2021 manakala di Netflix secara antarabangsa pada 11 Jun 2021.[6][7]

Barisan pelakon sunting

Watak Versi Inggeris Versi Melayu
Din Song Jimmy Wong (dewasa)
Ian Cheng (muda)
Muhammad Ihsan Atim
Long John Cho Wan Muhammad Tamlikha
Puan Song Constance Wu Nadia Bahrom
Li Na Wang Natasha Liu Bordizzo Nur Zarina Ahmad Roslan
Pockets Aaron Yoo Muhammad Nor Adzlan Mohamad Nazir
Tuan Wang Will Yun Lee Mohamed Feroz Mohamad Faizal
Diao Bobby Lee Fadhli Rawi

Barisan Pelakon Tambahan

Versi Bahasa Melayu

  • Studio Alih suara: Iyuno Media Group
  • Pengarah Alih Suara: Nurdianah Shamsuddin
  • Penterjemah: Redzwan Najib Ismail
  • Pemadan: Muhammad Asyraf Omar
  • Jururakam: Mohaid Adib Rosli
  • Pengadun: Jun Li

Niu Junfeng dan Jackie Chan masing-masing menyuarakan suara Din dan Long dalam alih suara bahasa Mandarin.

Pengeluaran sunting

Wish Dragon ialah filem pertama yang dihasilkan oleh Base Animation iaitu sebuah studio animasi baharu yang merupakan sebahagian daripada firma VFX Base FX. Matlamat filem dan studio Base Animation adalah untuk "membuat animasi kelas dunia di China untuk China ... dan dunia". Pengarah Chris Appelhans "menginginkan filem yang dibuat di China, dengan pasukan kreatif Tanah Besar China yang kuat, barisan pelakon antarabangsa dan fokus pada harapan dan impian kontemporari China."[5] Filem ini ialah filem pertama arahan Appelhans. [8]

Keluaran sunting

Wish Dragon pada awalnya dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Julai 2019 tetapi di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy, telah disahkan bahawa penerbitan filem ini ditunda sehingga tahun 2020.[9] Pada bulan Oktober, telah disahkan oleh pencipta kartun Kipo and the Age of Wonderbeasts iaitu Radford Sechrist (yang berkhidmat sebagai ketua cerita pada filem itu) bahawa filem ini akan diambil alih dan dikeluarkan pada tahun 2021. Filem ini dilancarkan di China pada 15 Januari 2021.[perlu rujukan]

Pada 27 April 2021, telah disahkan bahawa filem ini akan ditayangkan di Netflix pada 11 Jun 2021 sebagai sebahagian daripada terbitan musim panas.[7]

Penerimaan sunting

Di pengagregat ulasan Rotten Tomatoes, filem ini mendapat penilaian kelulusan 71% berdasarkan 7 ulasan dengan penilaian purata 6.50 / 10.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.gsamusic.com/wp-content/uploads/2015/09/Klein_Philip-8.pdf
  2. ^ https://screenrant.com/tag/wish-dragon/
  3. ^ "Wish Dragon". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  4. ^ N'Duka, Amanda (17 April 2018). "Jackie Chan, Constance Wu & More Join The Sony/China Co-Produced Animated Film 'Wish Dragon'". Deadline Hollywood. Dicapai pada 17 April 2018.
  5. ^ a b "Jackie Chan, China’s BaseFX Making ‘Wish Dragon’ for Sony Animation", Variety, Patrick Frater, 12 April 2018 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Variety" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Fleming Jr., Mike (12 Januari 2021). "Netflix Unveils A 2021 Film Slate With Bigger Volume & Star Wattage; Scott Stuber On The Escalating Film Ambition". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  7. ^ a b Milligan, Mercedes (27 April 2021). "Netflix Snags Sony's 'Vivo', Previews Summer Animation Slate". Animation Magazine. Dicapai pada 27 April 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "netflixdate" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Perkins, Chris (11 Jun 2020). "First 'Wish Dragon' Trailer Appears". AnimationForAdults.com. Dicapai pada 20 Oktober 2020.
  9. ^ "Sony Pictures Animation Links to Tencent, Sets New ‘Boondocks,’ Tartakovsky Duo", Variety, John Hopewell, 12 Jun 2019
  10. ^ "Wish Dragon (2020)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 10 Jun 2021.

Pautan luar sunting